Monday, October 21, 2013

Inikah misteri disebalik kematian Puteri Diana?


Inikah misteri disebalik kematian Puteri Diana? | SELAMA lebih tujuh tahun, kematian Puteri Diana masih menjadi misteri. Namun kini, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang mengaku bertanggungjawab atas kematian bekas isteri kepada Putera Charles itu. Menurut majalah Globe, lelaki tersebut mengakui bahawa dia telah diarahkan untuk membunuh ibu kepada Putera Willian dan Putera Harry itu. "Lelaki tersebut diberi tugas bagi memastikan Puteri Diana tidak keluar dengan selamat dari sebuah terowong, Pont de l’Alma di Paris, ketika tarikh beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya (31 Ogos 1997).

"Ketika kejadian mendiang menaiki kereta bersama kekasihnya, Dodi Al-Fayed, yang merupakan anak seorang jutawan Mohamed Al-Fayed, seorang pengawal peribadi, Kes Wingfield, dan pemandu kereta, Henri Paul," kata sumber tersebut. Sumber menjelaskan, sehingga kini pihak polis masih mencari motif kemalangan yang berlaku, walaupun lelaki misteri itu telah tampil membuat pengakuan.


Tinggal momen 

Mengimbas serba sedikit mengenai puteri kesayangan ramai itu, mendiang Diana merupakan seorang wanita yang sangat baik hati dan sering melakukan kerja amal. Sikapnya yang penyayang dan prihatin membuatkan dia disayangi ramai, terutamanya kanak-kanak. Puteri Diana dan Putera Charles, berkahwin pada 29 Julai 1981 di Gereja St Paul, London. Perkahwinan diraja ini berlangsung dengan meriahnya apabila dihadiri ribuan penduduk England dan pelancong dari luar negara. "Perkahwinan Puteri Diana dan Putera Charles pada ketika itu turut mendapat liputan meluas di televisyen seluruh dunia bagi menyaksikan pasangan diraja. "Pasangan ini juga dikurniakan cahaya mata Putera William dan juga Putera Harry," kata sumber. -AP




.

Gambar penyanyi Rihanna bertudung di masjid


Gambar penyanyi Rihanna bertudung di masjid | Kalau selama ini dia antara artis kelas A Hollywood yang sentiasa menarik tumpuan ramai dengan imej pakaian 'tak cukup kain' juga kadang-kadang terus berbogel. Namun Rihanna (Riri) baru-baru ini berjaya menarik perhatian bukan saja orang sekeliling bahkan satu dunia kecoh apabila dia tampil dengan imej bertudung dan berposing sakan di hadapan sebuah masjid di Emiriah Arab Bersatu (UAE).


Penyanyi kelahiran Barbados itu tiba di UAE sempena konsert jelajah Diamonds selepas membuat persembahan di Afrika Selatan. Sebagai menghormati cara berpakaian masyarakat Islam di negara Asia Barat, Rihanna mengenaikan sut labuh berwarna hitam sambil mengabadikan beberapa gaya di luar Masjid Sheikh Zayed itu.


Walaupun menutup aurat tapi aksi bekas kekasih Chris Brown ini tetap menarik perhatian ramai lebih-lebih lagi apabila dia mengenakan gicu bibir dan pengilap kuku berwarna serta kalung emas. Berikut bebetapa lagi gambar Rihanna dalam gaya 'ala sopan tapi tetap seksi' di masjid UAE, yang mana turut dikongsikan penyanyi ini menerusi Instagramnya.





.

Gambar Robert Pattinson Yang Semakin Gemuk



Gambar Robert Pattinson Yang Semakin Gemuk | SEJAK sukses menjayakan filem Twilight, Robert Pattinson lekat dengan panggilan nama puntianak yang kacak. Namun dia kini seperti ingin mengubah gelaran dan imejnya itu. Menurut laporan Dailymail, bekas kekasih Kristen Stewart itu muncul di kawasan Hollywood pada Rabu lalu berimej kusut masai dengan penampilan berjambang dan bermisai. Bukan itu sahaja, Robert juga kelihatan berisi dan gemuk sehinggakan ia mengelirukan paparazzi yang ingin memastikan sama ada ia adalah aktor tersebut atau bukan. Sebelum ini Robert pernah berkata ingin mengubah imej watak Edward Cullen dalam dirinya dan ingin dilihat berbeza di depan kekasih baharunya, Dylan Penn. -Mstar




.

Ada kambing aneh di Indonesia



Ada kambing aneh di Indonesia | Dari jauh, haiwan ini memang kelihatan seperti kambing lainnya. Berbulu putih tebal dan memiliki tanduk di kepalanya. Namun ketika didekati ternyata tanduk yang dimiliki kambing itu lebih dari dua. Tanduknya lima. Tiga tanduk ada sebelah kanan dan dua tanduk di sebelah kiri kepala kambing tersebut. Adapun satu tanduk di sebelah kanan terlihat menjulur lurus ke arah samping. Dua tanduk lainnya melingkar seperti tanduk kambing pada umumnya. Walaupun kambing memang selalunya ada tanduk, tapi hanya kambing jantan sepatutnya memiliki tanduk, dan kambing aneh ini adalah betina.

Ianya menyebabkan ramai penduduk kampung yang hairan. Kambing itu dipanggil Burik. Pemiliknya, Yanis berkata kambing itu dalam keadaan sihat dan gemuk meskipun belum pernah diperiksa oleh doktor haiwan. Kambing itu pernah ditawarkan dengan harga Rp 30 juta. Namun dia tidak mahu menjualnya kerana kambingnya memiliki keunikan tersendiri dengan jumlah tanduknya itu. -TN

Inilah punca seorang lelaki bunuh isteri hamil dan 6 anggota keluarga


Inilah punca seorang lelaki bunuh isteri hamil dan 6 anggota keluarga | Gara-gara bergaduh kerana mahu bercerai, seorang lelaki membunuh isterinya yang sedang hamil dan enam anggota keluarganya awal minggu ini. Polis memberi penjelasan mengenai kejadian yang berlaku di wilayah barat laut China, Rantau Autonomi Ningxia Hui. Pembunuhan itu berlaku pada Isnin minggu lalu dengan suspek utama dikenali sebagai Ma Yongdong, kata sumber biro keselamatan awam kepada media. Ma ditahan pada malam Jumaat lalu di kota Wuzhong sebelum dihantar ke daerah Pengyang, lokasi kejadian petang keesokannya.



Suspek mengaku 

Ma mengaku bertanggungjawab atas pembunuhan mereka termasuk isteri dan dua anak saudaranya yang masih kanak-kanak, kata polis. Mangsa selain isteri Ma termasuk ibu dan bapa mentuanya, datuk dan nenek serta dua kanak-kanak berusia tiga dan setahun. Kejadian berlaku di kediaman mereka di perkampungan Wengou, Pengyang, pada malam 14 Oktober lalu selepas Ma bergaduh dengan isterinya. Penduduk kampung memberitahu pihak berkuasa, Ma diketahui sering bergaduh dengan isterinya, Lan Xiuying selama beberapa hari sebelumnya lagi selepas mangsa menuntut cerai daripadanya.

Pada masa sama, Ma juga diketahui tidak mempunyai hubungan baik dengan ibu dan bapa mentuanya. Sanak saudara Lan dilaporkan memberitahu agensi berita Xinhua bahawa Ma mengugut Lan dan dipetik sebagai berkata: “Jika kamu terus mendesak untuk bercerai, saya akan bunuh keluarga kamu.” Ma, 24, mempunyai pendidikan sehingga peringkat menengah. Dia dan Lan berkahwin empat tahun lalu. Mereka sering terbabit dalam pergaduhan kerana Ma juga ketagih berjudi hingga hilang kerja di sebuah syarikat perlombongan tempatan, kata sanak saudara Lan. Pihak berkuasa masih meneruskan siasatan kes berkenaan. - AGENSI





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!