Sunday, November 3, 2013

Antara cara terbaik menurunkan berat badan


Antara cara terbaik menurunkan berat badan | Sekumpulan saintis dari Sepanyol mendapati pengambilan coklat dalam jumlah banyak adalah salah satu cara terbaik menurunkan berat badan selain memberi kesan positif kepada peredaran dan tekanan darah serta kesihatan jantung. Menurut Janet Aylott dari Universiti Granada, kajian meluas membuktikan diet dengan cara menahan pengambilan makanan lebih cenderung untuk gagal. "Kunci utama berdiet adalah melalui pendekatan yang lebih santai dan menikmati apa yang anda gemari," jelasnya lagi pada laporan DailyMail.




.

Tips : Cara keringkan jerawat dalam satu malam



Tips : Cara keringkan jerawat dalam satu malam | Jerawat yang muncul secara tiba-tiba boleh membuatkan anda merasa tertekan. Tambahan pula jika ada acara penting pada keesokan hari yang memerlukan anda berhadapan dengan orang ramai dengan penuh yakin. Jangan risau, mari cuba beberapa tips di bawah untuk menghilangkan jerawat dalam masa satu malam!


AIS BATU

Sebelum anda buat keputusan memicit jerawat, eloklah jika anda mengambil seketul ais dan bungkus dalam kain yang bersih. Letakkannya di kawasan yang ditumbuhi jerawat itu selama 30 saat sebelum menyapu krim jerawat. Ais batu berfungsi mengecilkan liang roma dan menyerap minyak yang berlebihan.


 CAMPURAN KAYU MANIS & MADU

Antara kaedah lain untuk menghilangkan jerawat ialah mencampurkan serbuk kayu manis dan madu. Gaulkan serbuk yang dicampur tadi sehingga rata dan sapukan di bahagian wajah yang berjerawat. Campuran ini akan membantu mengatasi masalah keradangan dan membuat jerawat menjadi kecut. Biarkan ia semalaman sebelum dibasuh pada keesokan paginya.


PERAHAN LEMON

Sewaktu membersihkan muka, anda boleh membilas muka yang berjerawat dengan perahan air lemon sebelum membilas muka sekali lagi dengan air bersih. Perahan lemon mampu mengurangkan minyak pada kulit wajah hingga menyebabkan wajah bebas jerawat.


UBAT GIGI

Cuci muka dengan air bersih dan biarkan sehingga kering. Selepas itu, letakkan sedikit ubat gigi pada jerawat tersebut. Biarkan ia semalaman sebelum mencuci wajah sehingga bersih.


PUTIH TELUR

Pecahkan sebiji telur dan asingkan bahagian kuning dan putih telur. Ambil bahagian putih telur dan sapukan pada muka yang berjerawat. Kandungan vitamin yang terdapat dalam telur mampu membantu anda mencegah jerawat.





.

Restoran aneh dengan idea pemasaran luar biasa



Restoran aneh dengan idea pemasaran luar biasa | Sangat unik dan mengagumkan! Seorang pengusaha restoran di Latvia muncul dengan idea pemasaran yang cukup luar biasa dengan membuka sebuah restoran "Hospitalis" berkonsepkan hospital untuk menarik perhatian pelanggan. Keseluruhan dekorasi dalaman restoran tersebut sama seperti suasana di hospital malah kesemua pelayannya memakai uniform seperti jururawat. Apa yang lebih menarik, alatan yang digunakan juga menyerupai peralatan hospital seperti gunting, steteskop dan kerusi yang digunakan di klinik gigi bagi menyerlahkan lagi suasana dalam hospital.

Pelanggan yang mengunjungi restoran berkenaan akan dipakaikan pakaian pesakit mental yang sering anda lihat di hospital sebelum ini. Selain itu, pelayan akan menyuntik masuk makanan yang dipesan ke dalam mulut anda mengikut masa yang ditetapkan sama seperti situasi di mana jururawat memberikan ubat kepada pesakitnya.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!