Sunday, November 10, 2013

Ada Satelit GOCE Bakal Terhempas Ke bumi Minggu Depan



Ada Satelit GOCE Bakal Terhempas Ke bumi Minggu Depan | Agensi Penyelidikan Angkasa Eropah (ESA) berkata satu satelit penyelidikan GOCE miliknya akan jatuh dan terhempas ke bumi pada malam Ahad atau Isnin ini, namun serpihannya tidak membawa kepada sebarang kemalangan jiwa. Saintis agensi itu berkata, satelit seberat 1,100 kilogram itu sudahpun jatuh pada paras altitut 170 kilometer dari kedudukan asalnya dan ketika ini sedang menjunam ke bumi.

"Sebaik ia mencapai altitut 80 kilometer, satelit pemantau bumi itu akan mula berkecai dengan satu perempat bahagiannya akan terbakar di atmosfera," kata agensi itu pada Sabtu. Satelit GOCE dilancarkan pada 2009 untuk melakukan operasi pemetaan bumi dan satelit itu kehabisan sumber tenaga, sekali gus mengakhiri misi berkenaan. -AP




.

Inilah sebab sebenar Manohara Odelia Pinot bertatu merah pada bibir


Inilah sebab sebenar Manohara Odelia Pinot bertatu merah pada bibir | Aktres Manohara Odelia Pinot mengambil langkah membuat tatu merah pada bibirnya agar ia sentiasa kelihatan merah, tanpa perlu menggunakan solekan. Menurut laporan portal Kapanlagi, Manohara membuat keputusan itu selepas merasakan dia sukar memperuntukkan masa untuk menyolekkan wajahnya setiap kali keluar rumah. "Saya seorang yang tidak boleh keluar rumah tanpa sebarang solekan di wajah. Kesibukan saya sebagai pelajar jurusan fesyen dan pelakon membuatkan saya tidak ada masa untuk meletakkan gincu pada setiap masa.


"Jadi rasanya, melakukan tatu adalah jalan penyelesaian yang paling mudah di mana saya tidak perlu berfikir untuk memakai gincu setiap masa," ujarnya. Tambah Manohara, pada mulanya dia agak takut untuk berbuat demikian, namun selepas bertatu, rasa sakit yang dialami tidaklah seteruk yang disangka. Manohara sebelum ini pernah berkahwin dengan kerabat Kelantan iaitu Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra. -MD



.

Berita lengkap penahanan suspek kes tembak pegawai Ambank


Berita lengkap penahanan suspek kes tembak pegawai Ambank  | Pengawal keselamatan yang juga suspek yang menembak mati seorang pegawai operasi bank Ambank di Subang Jaya baru-baru ini akhirnya berjaya diberkas dalam satu serbuan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah, suspek ditahan kira-kira pukul 7 pagi ini oleh Pasukan Op Cantas Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM). "Seorang lelaki dipercayai suspek utama dalam kejadian samun di Subang Jaya pada 23 Oktober 2013 yang melibatkan kematian seorang kakitangan Ambank telah ditahan di Kota Tinggi. "Pihak polis percaya dengan penangkapan suspek utama ini, kes berkenaan telah berjaya diselesaikan," katanya. "Kita sangat berterima kasih dengan kerjasama daripada orang ramai dan keprihatinan mereka dalam kes ini. "Hingga suspek utama kes menembak mati seorang pegawai bank dan rompakan ini berjaya ditahan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada 23 Oktober lalu, pegawai operasi sebuah bank Norazita Abu Talib ditembak mati dengan 'pump gun' sebaik sahaja mangsa membuka pintu bilik kebal bank berkenaan di Jalan USJ Sentral 2. Supek kemudiannya melarikan diri bersama wang berjumlah RM450,000 dengan menaiki motosikal. Polis telah menahan tujuh individu termasuk rakan serta saudara pengawal keselamatan bekenaan. Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan pihak polis memberkas suspek. "Kita harap orang ramai dapat berkerjasama dengan pihak polis dalam membanteras jenayah," katanya di laman twitter beliau. -Bernama





.

Sebarkan foto fit (gambaran) suspek yang terlibat dalam kes penculikan kanak-kanak British Di Bangsar


Sebarkan foto fit (gambaran) suspek yang terlibat dalam kes penculikan kanak-kanak British Di Bangsar | Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengeluarkan foto fit (gambaran) suspek yang terlibat dalam kes penculikan kanak-kanak British di Bangsar semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pihak polis kini sedang mengesan suspek yang berusia lingkungan 30-an. "Pihak polis menolak kemungkinan bahawa motif penculikan adalah untuk mendapatkan wang tebusan kerana ianya tidak masuk akal. Tiada siapa ingin menculik kanak-kanak berusia 20 bulan kerana kanak-kanak pada usia ini susah untuk dikawal," kata Ku Chin Wah.

Ketika disoal pemberita adakah bapa kepada kanak-kanak tersebut turut berada di dalam senarai suspek memandangkan bapa kanak-kanak tersebut kurang diberi perhatian, Ku berkata pihak polis tidak melihat keperluan untuk segera menyoalnya. Freddie Joseph, kanak-kanak yang diculik dari rumah ibunya di Bangsar semalam telah ditemui di Taman Tasik Titiwangsa hari ini oleh seorang pemandu lori Hamid Md Isa, 57, yang juga pesara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan seorang pemandu teksi Haris Mohd Nor, 48, yang kebetulan melalui laluan di Taman Tasik Titiwangsa. Semasa kejadian, mangsa dilarikan seorang suspek lelaki bersama seorang wanita ketika bayi itu bersama ibunya sedang minum petang di halaman rumah mereka. -MD




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!