Friday, November 15, 2013

Kejadian Culik Di Pulau Pom-Pom Semporna benar-benar berlaku


Kejadian Culik Di Pulau Pom-Pom Semporna benar-benar berlaku | Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan laporan kejadian culik dan bunuh membabitkan dua pelancong China, dipercayai suami isteri, di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah awal pagi Jumaat. Beliau berkata polis sedang giat memburu kumpulan lelaki bersenjata yang terlibat dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu. "Kejadian melibatkan seorang pelancong lelaki warga China yang ditembak mati, manakala seorang lagi pelancong wanita yang kita percayai isteri mangsa telah dilarikan oleh kumpulan lelaki berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor Baharu di sini Jumaat. Turut hadir Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff. Difahamkan kedua-dua mangsa menginap di resort di pulau berkenaan bermula Selasa lepas dan dijangka mendaftar keluar Rabu depan. - Bernama




.

Perkahwinan Torres yang sangat pelik


Perkahwinan Torres yang sangat pelik | Aktor dan aktivis alam sekitar Richard Torres melakukan perbuatan pelik apabila dia berkahwin dengan sebatang pokok di Buenos Aires, Argentina Ahad lalu. Torres (yang kelihatan seperti Johnny Depp dalam rakaman video pada acara itu) menggelar upacara terbabit sebagai “perkahwinan hijau” apabila berkahwin dengan pokok bernama Aliehuen Nehuen, sebagaimana disiarkan agensi akhbar Peru Netjoven. Dalam acara itu, Torres memakai sut putih, manakala Aliehuen Nehuen mengenakan tali leher. Selepas sesi membaca ikrar dan meletakkan simbol perkahwinan di depan ‘isterinya’, Torres mencium pokok itu sebagai pengesahan acara perkahwinan, menurut FOX59 WXIN-TV. Perkahwinan itu disahkan artis Argentina José María Muscari.Acara berkenaan ialah sebahagian percubaan besar Torres untuk memupuk kesedaran memelihara alam sekitar di seluruh negara Amerika Latin itu.


Di negara asalnya, Peru, Torres sudah pun mendapat perhatian kerana ketaksubannya terhadap flora dan fauna. Dia ditahan tahun lalu kerana melancarkan bantahan secara berbogel sebagai membantah pemindahan pokok di sebuah taman di Peru. Sementara acara perkahwinan Torres menarik perhatian antarabangsa, ia bukan pertama kali aktivis berkenaan berkahwin dengan pokok. Pada Jun lalu, Torres mengahwini pokok pertamanya. Ketika itu, dia mengisytiharkan, “Perkahwinan saya adalah selama-lamanya dan saya akan berasmara dengan semua pokok. Dengan memeluk pokok, saya dapat merasakan tenaga tumbuhan itu.” Bagaimanapun, Torres bukan aktivis pertama yang berkahwin dengan pokok. Pada 2009, pasangan seni konsep, The Art Guys berkahwin dengan anak pokok Oak dalam satu acara di muzium Texas. - Agensi





.

Hantaran tinggi kepada pengantin perempuan dianggap 'beli isteri'



Hantaran tinggi kepada pengantin perempuan dianggap 'beli isteri' | Seorang lelaki China yang memberi bakal pengantin perempuan wang hantaran berjumlah 8.88 juta yuan (RM4.67 juta), angka yang dianggap bertuah mencetuskan rasa kurang senang orang ramai semalam berikutan paparan kemewahan di negara masih membangun itu. Kira-kira 18 pengiring mengangkut bakul dan kotak dipenuhi wang terbabit yang semuanya seberat lebih 102 kilogram, lapor akhbar Shanghai Daily. Gambar menunjukkan bakul buluh disusun dengan kepingan wang tunai 100 yuan berwarna merah dan mempamerkan Mao Zedong, bapa pengasas negara komunis China. Anggota rombongan lelaki tiba di rumah wanita itu dalam barisan kenderaan mewah diketuai sebuah kereta sport Maserati, kata laporan.


 Kejayaan meluas 

Peningkatan ekonomi sejak berdekad lamanya berjaya mewujudkan kekayaan meluas di China namun ramai penduduk di luar bandar dan golongan miskin di bandar masih ketinggalan. “Ia bukan semata-mata mengahwini seorang isteri, tetapi membelinya. Jika mereka saling menyintai satu sama lain, kemewahan itu tidak perlu ditunjukkan,” tulis seorang pengguna blog mikro popular China, Weibo. AFP




.

Ibu seksa anak kerana tidak dilayan dengan baik oleh suami..


Ibu seksa anak kerana tidak dilayan dengan baik oleh suami.. | Seorang ibu di bandar Jinhua, timur China bertindak kejam memaksa anaknya berumur empat tahun meminum petrol sebelum bertindak membakar budak malang itu. Menurut doktor, 35 peratus daripada bahagian tubuh kanak-kanak itu melecur dan mangsa berkemungkinan besar akan buta serta bisu pada masa hadapan. Menurut laporan DailyMail, hasil siasatan awal mendapati, wanita tersebut melakukan tindakan tidak berperikemanusiaan tersebut kerana berang tidak dilayan dengan baik oleh suaminya. Kedua pasangan itu juga dilaporkan sering bertengkar kerana menghadapi masalah kewangan.-DM




.

Bila jiran tak nak bertolak ansur


Bila jiran tak nak bertolak ansur | Seorang pemain piano, Laia Martin, 27, bakal berdepan hukuman penjara tujuh tahun atas tuduhan menyebabkan kerosakan psikologi dan pencemaran bunyi di kawasan kejiranannya di Puigcerda, Sepanyol. Dipetik laporan AP, Sonia Bosom bertindak memfailkan saman ke atas Martin dan ibu bapanya kerana mendakwa dia terpaksa menanggung derita akibat bunyi bising sejak 2003 hingga 2007 berpunca daripada sesi latihan piano tertuduh yang berlangsung selama lapan jam, lima hari seminggu. Laporan perubatan menunjukkan, Bosom mengalami kecederaan psikologi akibat mendengar bunyi bising secara berterusan dan turut mengalami pelbagai masalah lain termasuk insomnia, serangan panik dan masalah sakit puan.-AP




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!