Monday, November 18, 2013

Nasib baik si suami bertindak pantas



Nasib baik si suami bertindak pantas | Tindakan pantas seorang suami berjaya menyelamatkan isterinya yang cuba terjun dari balkoni tingkat empat sebuah apartmen di Changjiang, selatan Pulau Hainan. Menurut lelaki itu, isterinya melompat secara tiba-tiba dari balkoni selepas berlaku pertengkaran kecil. "Saya sempat memaut salah satu kakinya hingga menyebabkan dia berada dalam keadaan tergantung kira-kira 10 minit sebelum bantuan tiba. Mujur dia tidak meronta ketika itu," katanya dalam laporan DailyMail. Detik cemas tersebut berakhir selepas wanita itu diselamatkan anggota bomba dan penyelamat. Wanita itu kemudiannya dihantar ke hospital untuk rawatan. -SH



.

Kisah sedih, bayi 3 hari yang menjadi mangsa terkini taufan Haiyan di Tacloban, Filipina


Kisah sedih, bayi 3 hari yang menjadi mangsa terkini taufan Haiyan di Tacloban, Filipina | Usaha sepasang suami isteri mengepam oksigen dengan pam tangan bagi memastikan anak mereka yang baru berumur tiga hari terus hidup berakhir dengan sia-sia selepas bayi itu meninggal dunia, semalam. Althea Mustacia dipercayai mengalami asfiksia iaitu keadaan sukar bernafas kerana kekurangan oksigen dalam darah selepas dilahirkan pada 13 November lalu. Sejak Rabu lalu, ibu bapanya terpaksa bergilir-gilir mengepam oksigen tanpa henti selepas dia tidak dapat bernafas seperti biasa berikutan paru-parunya gagal berfungsi.


Menurut laporan AP, Dr Leslie Rosario berkata, bayi itu mungkin dapat diselamatkan jika bekalan kuasa elektrik yang terputus selepas bandar itu akibat dibadai taufan Haiyan kembali pulih beberapa hari lalu. "Althea mungkin tidak mendapat penjagaan pranatal yang sepatutnya selepas dia bersama 23 bayi lain terpaksa dipindahkan dari wad bersalin ke tingkat bawah tanah. "Kami terpaksa memindahkan mereka berikutan banyak peralatan dan kemudahan telah musnah akibat Haiyan," jelasnya lagi. Difahamkan, bilik bawah tanah tersebut hanya diterangi cahaya lilin dan sebuah mentol kecil yang dihidupkan menggunakan generator. -AP




.

Tun Mahathir dimasukkan ke IJN akibat jangkitan dada


Tun Mahathir dimasukkan ke IJN akibat jangkitan dada | Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat jangkitan dada. Menurut kenyataan daripada pejabat beliau, Dr. Mahathir telah disahkan mempunyai jangkitan dada dan kini sedang menjalani rawatan serta fisioterapi. "Pasukan perubatan sedang memantau keadaan beliau dan berpuas hati dengan kemajuannya," menurut kenyataan itu. Dr. Mahathir, 88, dijangka berada di IJN untuk beberapa hari bagi membolehkan pasukan perubatan memantau perkembangan lanjut beliau termasuk sesi fisioterapi dan senaman. Doktor menasihatkan beliau tidak menerima pelawat kecuali anggota keluarga. - Bernama



.

Setiap kubur di tanah perkuburan itu harus menjelaskan bayaran penyelenggaraan


Setiap kubur di tanah perkuburan itu harus menjelaskan bayaran penyelenggaraan | Pengunjung sebuah tanah perkuburan Mollendal di Bergen, Hordaland terkejut melihat ratusan batu nisan disarung dengan beg hitam, semalam. Setiap beg dilekatkan notis amaran lewat bayaran, mengingatkan keluarga si mati batu nisan terbabit akan dipindahkan dalam tempoh terdekat jika mereka gagal menyelesaikan bayaran tertunggak penyelenggaraan tanah perkuburan. Tindakan luar jangkaan di tanah perkuburan itu dilaksana pengurusan syarikat Akasia yang dilantik menyelenggara kawasan terbabit.Kira-kira 670 perkuburan dilapor memperoleh amaran daripada pengurusan syarikat itu. Undang-undang menetapkan, majlis perbandaran akan menanggung kos penyelenggaraan dan sewa untuk 25 tahun pertama bagi keranda dan 20 tahun pertama bagi pasu menyimpan abu mayat bagi setiap penduduk yang dikebumikan di sebuah tanah perkuburan.

Selepas tempoh itu, keluarga si mati perlu membawa kos penyelenggaraan tahunan, 518 krone (RM217) untuk sebuah keranda dan 363 krone (RM190) untuk sebuah pasu.Kegagalan untuk memenuhi syarat itu boleh menyebabkan batu nisan terbabit dialih dan dimusnahkan. Namun, tidak dapat dipastikan apa yang akan dilakukan terhadap mayat dan laman web Akasia menyatakan: “Kubur berkenaan sudah tamat tempoh dan boleh digunakan lagi.” Sebelum mengambil tindakan itu, pengurusan syarikat melekatkan notis pada batu nisan dan dibiarkan enam bulan sebelum beg hitam itu disarungkan. - Agensi




.

Linda Ducharme dedah kisah cinta peliknya bersama Bruce


Linda Ducharme dedah kisah cinta peliknya bersama Bruce | Perkahwinan Linda Ducharme bukanlah sebuah rollercoaster, ada naik dan turun kerana wanita yang berasal dari Florida ini berkahwin dengan sebuah roda Ferris gergasi yang diberi nama Bruce. Bagi Linda, perkahwinannya itu cinta pandang pertama. “Jantung saya berdegup kencang apabila ke pelantar dan menikmati pusingan roda ini. Saya tidak dapat menceritakan perasaan pelik yang dirasai tapi menikmati setiap detik di atas roda itu.“Bruce kini dunia saya dan dia sentiasa saya kenang. Saya rasa sempurna bila bersama Bruce,” katanya.


Linda dan Bruce baru-baru ini memperbaharui ikatan perkahwinan mereka dan ia dirakamkan stesen televisyen Logo TV. Linda memakai topi Roman dan pada hujung upacara itu, paderi mengikat tangannya ke palang utama roda Ferris itu. Linda bagaimanapun bukan wanita pertama tergoda dengan struktur besi seperti itu. Pada 2007, Erika LaBrie dilapor menyatakan hasrat untuk mengahwini Menara Eiffel. Wanita itu kini dikenali sebagai Erika Eiffel. Erika adalah pengasas OS Internationale, pertubuhan untuk mereka yang ingin memiliki hubungan bermakna dengan objek. Erika turut pernah dilapor tertarik dengan Tembok Berlin. - Agensi




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!