Tuesday, November 19, 2013

Oh mak... 'Hantu' muncul selepas mati 7 hari


Oh mak... 'Hantu' muncul selepas mati 7 hari | Seorang wanita tua yang diisytiharkan mati selepas satu kemalangan muncul ketika majlis memperingatinya tujuh hari selepas ‘kematiannya.’ Akhbar Sri Lanka Mirror melaporkan, wanita berkenaan disahkan mati dalam kemalangan awal pagi pada 8 September dan mayatnya dibawa ke rumah mayat di sebuah hospital di Ragama. Sepuluh daripada 11 anaknya mengesahkan mayat itu ibu mereka dan selepas bedah siasat, ia diserahkan keluarga itu oleh pihak berkuasa.

Mereka mengadakan upacara memperingati mangsa tujuh hari kemudian pada 15 November apabila wanita yang disangka mati itu muncul, menyebabkan semua yang hadir terkejut.Menurutnya, dia berada di Hospital Kebangsaan Colombo untuk mendapatkan rawatan sepanjang tujuh hari lalu. Sehubungan itu, polis akan menghadapkan wanita tua itu bersama 10 anaknya di mahkamah bagi menyelesaikan masalah mengebumikan mayat wanita lain. -AP



.

Gambar ukiran kayu terpanjang di dunia


Gambar ukiran kayu terpanjang di dunia | Satu ukiran kayu menampilkan lukisan bersejarah, Riverside Scene at Qingming Festival dinamakan sebagai ukiran kayu terpanjang di dunia oleh Guinness World Records baru-baru ini. Ukiran kayu tersebut memiliki panjang 12.286 meter dan dihasilkan oleh seorang artis seni tempatan, Zheng Chunhui yang berasal dari wilayah Fujian.


Dia mengambil masa empat tahun untuk menyiarkan hasil seni tersebut beberapa teknik ukiran yang berbeza. Dua versi lukisan tersebut masing-masing dari era Dinasti Song dan Dinasti Qing diukir pada kayu berkenaan. Lukisan itu diukir pada batang pokok kapur barus berusia 1,000 tahun. - Agensi




.

Kisah perompak yang cedera parah ketika cuba merompak dan diselamatkan tuan rumah



Kisah perompak yang cedera parah ketika cuba merompak dan diselamatkan tuan rumah | Seorang perompak terpaksa meminta bantuan tuan rumah yang dirompaknya selepas dia cedera parah ketika cuba memasuki rumah itu. Pegawai penyiasat Dennis McGowan memberitahu wartawan, pencuri berusia 20 tahun itu cedera di lengannya ketika memecah cermin tingkap rumah itu. Dia kini dirawat di hospital dan dilapor dalam keadaan kritikal.

Tuan rumah Pablo Solorio berkata, dia dikejutkan dari tidur oleh bunyi cermin pecah dan mendapati lelaki itu meraung kesakitan dan meminta tolong di ruang tamu kediamannya. Polis berkata, lelaki itu yang namanya tidak didedahkan sementara menanti dia ditahan secara rasmi, mendakwa dia memecah masuk rumah mangsa kerana melarikan diri daripada orang yang mengejarnya. Polis bagaimanapun tidak mempercayai ceritanya sebaliknya yakin dia memecahkan tingkap rumah mangsa untuk merompak. - Agensi

Inilah sebabnya Perdana Menteri tak naik Pesawat MAS Untuk Lawatan Ke Luar Negara



Inilah sebabnya Perdana Menteri tak naik Pesawat MAS Untuk Lawatan Ke Luar Negara  | Penggunaan perkhidmatan syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines (MAS) untuk lawatan rasmi Perdana Menteri ke luar negara adalah kurang bersesuaian kerana beberapa faktor. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata antaranya laluan penerbangan MAS tidak meliputi semua kawasan dan adalah kurang bersesuaian jika pemimpin negara terpaksa menaiki pesawat komersil bersama penumpang lain. "Ia melibatkan imej negara. Takkan Perdana Menteri terpaksa menunggu sehingga semua penumpang (baru boleh terbang). "Ia akan melibatkan kos yang lebih tinggi jika kerajaan terpaksa 'charter' sebuah pesawat MAS untuk tujuan tersebut," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai penjelasan kepada beberapa anggota parlimen yang ingin tahu mengapa Perdana Menteri tidak menggunakan MAS untuk lawatan rasmi ke luar negara. Shahidan berkata penggunaan pesawat-pesawat eksekutif milik kerajaan bukan terhad kepada Perdana Menteri sahaja. Katanya, pesawat tersebut juga boleh diguna oleh Yang di-Pertuan Agong, Timbalan Yang di-Pertuan Agong serta Timbalan Perdana Menteri untuk tujuan lawatan rasmi ke luar negara. Katanya, malah isteri Perdana Menteri juga boleh menggunakan pesawat tersebut untuk urusan rasmi di luar negara dengan syarat mendapat kelulusan Jemaah Menteri dan sesuatu acara yang dihadiri itu mempunyai kepentingan untuk negara.

Katanya, perbelanjaan tinggi diperuntuk bagi penyenggaraan pesawat-pesawat ini bagi memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan terbaik. "Kalau kereta rosak, kita boleh berhenti di tepi jalan. Tapi kalau pesawat rosak, di mana kita nak berhenti?," katanya. Awal bulan ini, Shahidan memaklumkan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan telah membelanjakan RM182 juta untuk petrol dan penyenggaraan tujuh buah pesawat eksekutif milik kerajaan. -BERNAMA





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!