Friday, November 22, 2013

Antara cara kurangkan risiko sakit jantung


Antara cara kurangkan risiko sakit jantung | Satu kajian perubatan mendapati, kekerapan makan kacang boleh mengurangkan risiko kematian akibat penyakit kanser atau sakit jantung. Kajian yang dijalankan selama 30 tahun oleh Universiti Harvard dengan kerjasama Hospital Wanita dan Brigham di Boston menunjukkan, individu yang makan kacang setiap hari dapat mengurangkan tahap risiko kematian sebanyak 20 peratus berbanding mereka yang tidak pernah makan kacang. Seorang pakar, Dr. Ying Bao berkata, risiko kematian akibat penyakit jantung boleh dikurangkan sebanyak 29 peratus, manakala risiko akibat kanser dapat dikurangkan sebanyak 11 peratus bagi mereka yang makan kacang setiap hari.

Bao berkata, manfaat itu boleh diperolehi dengan makan kacang jenis pistasio, badam, walnut dan kacang lain tanpa mengira bagaimana kacang tersebut dimasak. "Kebiasaannya orang ramai akan memberi persepsi bahawa kacang boleh mengakibatkan kegemukan. "Namun, kajian yang kami jalankan menunjukkan individu yang gemar makan kacang akan kekal kurus, selain risiko kematian akibat kanser dan sakit jantung dapat dikurangkan," katanya.

Namun, kajian berkenaan masih tidak dapat mengenal pasti khasiat sebenar yang terdapat pada kacang sehingga boleh membawa kebaikan tersebut. Menurut Bao, mungkin disebabkan kandungan kacang yang tidak tepu asid lemak, mineral dan beberapa elemen nutrien rendah kolestrol boleh mengurangkan risiko penyakit berbahaya. - AGENSI




.

Rakyat Malaysia jadi hamba 30 tahun di Britain


Rakyat Malaysia jadi hamba 30 tahun di Britain | Tiga wanita termasuk seorang warga Malaysia diselamatkan daripada menjadi hamba domestik selama lebih 30 tahun oleh pihak berkuasa Britain di sebuah rumah di selatan ibu negara ini semalam. Menurut polis, mereka tidak percaya bahawa mangsa yang masing-masing seorang rakyat Malaysia berusia 69 tahun, warga Ireland berusia 57 dan seorang rakyat Britain berusia 30 mempunyai kaitan dan tiada bukti berlakunya penderaan seksual ke atas mangsa. Polis menambah, dua suspek iaitu seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 67 tahun ditahan di rumah mereka dan menyifatkannya sebagai kes terburuk perhambaan yang pernah berlaku di London. - REUTERS

Jemaah terkejut ada bangkai khinzir dalam masjid


Jemaah terkejut ada bangkai khinzir dalam masjid | Sekumpulan jemaah terkejut selepas mendapati bangkai khinzir berada di dalam premis masjid di Sweden. Jurucakap polis, Ulf Lindgren berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 11 pagi waktu tempatan memaklumkan penemuan bangkai binatang itu. "Kami dapati tingkap utama masjid juga pecah dengan kaca bertaburan. Kami yakin perbuatan ini dilakukan oleh individu anti Muslim dan ia dianggap serius," katanya pada laporan AFP. Menurutnya, kes ini diklasifikasikan sebagai perbuatan vandalisme dan siasatan lanjut sedang dilakukan. -AFP




.

Kanak-kanak berusia 10 tahun menjadi janda termuda



Kanak-kanak berusia 10 tahun menjadi janda termuda | Seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun menjadi individu termuda bercerai di India selepas dikahwinkan dengan suaminya Arjun Bakridi, 10, ketika dia berusia empat tahun. Menurut AFP, Insiden itu berlaku selepas bapa budak tersebut hanya membenarkan Fatima Mangre mengikut suaminya selepas umurnya mencecah 18 tahun.

Keputusan tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati kepada bapa Arjun dan pertengkaran itu berakhir selepas kanak-kanak lelaki tersebut memfailkan perceraian pada minggu lalu. Kejadian yang berlaku di kampung Nakhi daerah Shravasti itu kini sedang disiasat kerajaan negeri. -AP



.

Wanita bunuh diri ditemui dalam longkang di Flat Desa Wawasan


Wanita bunuh diri ditemui dalam longkang di Flat Desa Wawasan | Desa Wawasan gempar selepas menemui mayat seorang wanita dalam longkang dipercayai terjun daripada tingkat tujuh perumahan berkenaan di sini, hari ini. Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata dia antara orang pertama yang menemui mayat itu ketika pulang ke rumahnya di flat berkenaan pada 1 petang. "Saya baru letak motosikal sebelum terdengar bunyi dentuman yang kuat, pada mulanya saya ingat bunyi mercun tetapi apabila berjalan tepi longkang baru nampak seorang wanita berlumuran darah.

"Saya cuba bagi bantuan kecemasan sebelum menjerit meminta bantuan daripada orang ramai tetapi ketika itu, wanita berkenaan sudah tidak memberi sebarang respons," katanya kepada pemberita. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd Lah, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, dan berkata mayat mangsa, Ng Sai Lee, 49, dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.

"Dipercayai wanita itu, yang tinggal di tingkat empat flat berkenaan, terjun dari tingkat tujuh berikutan penemuan selipar mangsa di situ (tingkat tujuh)," katanya. Azman berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian. Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan dan setakat ini, polis mengklasifikasi kes itu sebagai kematian mengejut. "Menurut ibu mangsa yang tinggal dengan wanita itu, dia tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum ini dan beliau sedih dengan kejadian berkenaan," katanya. - BERNAMA




.

Inilah individu yang merupakan ketua ajaran sesat - Tuhan Harun


Inilah individu yang merupakan ketua ajaran sesat - Tuhan Harun | Ketua ajaran sesat Tuhan Harun yang nama sebenarnya Harun Mat Saat dicekup polis di sebuah rumah Taman Bandar Baru Tangkak, di sini, semalam langsung tidak pernah dilihat jiran sejak dia menyewa di rumah itu kira-kira dua minggu lalu. Seorang jiran mahu dikenali sebagai Roslan, 40, berkata, dia hanya pernah ternampak seorang lelaki bernama Hairi di laman rumah dan lelaki itu tergesa-gesa masuk selepas melihatnya.

“Saya menyangka mereka sekeluarga dan baru dua minggu menyewa rumah itu. Kehidupan mereka agak aneh kerana tidak pernah bertegur sapa dengan jiran. “Mereka juga menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) cermin gelap, manakala pintu dan pagar sentiasa ditutup,” katanya, semalam.Harun yang dikehendaki polis dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) ditahan di sebuah rumah berkembar di Jalan Puteri 2/15, taman berkenaan bersama seorang wanita dipercayai isterinya, Azida Mohd Zol, 30, kira-kira jam 3.30 petang. -HM




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!