Monday, November 25, 2013

Elak fesyen melampau masa kini



Elak fesyen melampau masa kini | Wanita memang meminati barang kemas tetapi Lucy Luckayanko bertindak melampau apabila menanam perhiasan itu di dalam matanya. Beliau menghabiskan AS$3,000 (RM9,640) untuk menjalankan pembedahan memasukkan emas putih berbentuk hati ke dalam mata putih kanannya. Prosedur itu dilakukan Dr Emil Chynn dari Park Avenue Laser Vision di New York, pakar terlatih Harvard dan Universiti New York. Bagi melakukan pembedahan itu, Chynn mulanya menyuntik ubat bius ke dalam mata Luckayanko.

Beliau kemudian melakukan kelaran kecil pada mata Luckayanko menggunakan forsep dan memasukkan emas putih bersaiz 3.5 milimeter. Prosedur cuma mengambil masa beberapa minit dan Luckayanko pulang dengan mata berisikan barang kemas. Chynn berkata, prosedur itu amat selamat. “Ia cuma kepingan platinum amat kecil yang dibuat untuk dimasukkan ke dalam bahagian atas mata, dan tiada risiko buta langsung. “Mungkin berlaku sedikit pendarahan tetapi hilang beberapa hari atau minggu. Luc-kayanko mungkin mendapat jangkitan tetapi kami menghalangnya dengan antibiotik,” katanya.


Amerika beri amaran 

Akademi Oftalmologi Amerika Syarikat memberi amaran bahaya prosedur itu. Mereka berkata, ada bukti menyokong keselamatan atau nilai terapeutik prosedur itu dan orang ramai perlu mengelak daripada meletakkan apa-apa dalam mata yang tidak mendapat kelulusan Bahagian Pentadiran Makanan dan Perubatan Amerika Syarikat (FDA). Beberapa hari selepas prosedur itu, Luckayanko berkata, beliau tidak mempunyai masalah atau kesakitan akibat pembedahan itu. “Lima puluh peratus rakan berkata saya gila tetapi 50 lagi berasa ia hebat,” katanya. Bentuk emas putih itu boleh ditukar pada harga AS$1,000 (RM3,213). - Agensi



.

Gambar Gunung Berapi Sinabung meletus



Gambar Gunung Berapi Sinabung meletus | Gunung Berapi Sinabung di barat negara ini, meletus lapan kali dalam tempoh beberapa jam, menghamburkan batu dan abu sehingga memaksa beribu-ribu penduduk meninggalkan rumah mereka di sini, hari ini. Sejak September lalu, Gunung Sinabung telah beberapa kali meletus, tetapi kembali meletus kelmarin dan awal pagi ini, memuntahkan abu dan batu setinggi lapan kilometer ke udara. Menurut agensi bencana, beribu-ribu penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka lewat semalam, menjadikan jumlah penduduk yang meninggalkan rumah di kawasan tersebut kini mencecah 15,000 orang. "Orang ramai mula panik malam tadi apabila letusan berlaku.

Ia disusuli bunyi bising serta gegaran, sebelum batu-batu kecil dihamburkan ke udara," ujar pegawai tempatan, Robert Peranginangin. Semua penduduk lari lintang-pukang meninggalkan rumah mereka serta menangis meminta pertolongan. Bagaimanapun tiada laporan kecederaan daripada letupan tersebut. Agensi gunung berapi turut meningkatkan tahap amaran Gunung Berapi Sinabung ke paras tertinggi iaitu empat, yang bermaksud letusan besar bakal berlaku pada bila-bila masa. Jurucakap Agensi Bencana Alam Nasional, Sutopo Purwo Nugroho berkata, pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran meminta penduduk di sekitar lima kilometer radius dari gunung berapi itu agar meninggalkan kawasan tersebut. - AFP



.

Inilah sebab kenapa wanita ini menjadi perhatian orang ramai



Inilah sebab kenapa wanita ini menjadi perhatian orang ramai | Seorang wanita di sini menjadi perhatian orang ramai kerana raut wajahnya sama seperti pemimpin China, Mao Tze Tung atau Mao Zedong. Semuanya bermula selepas Chen Yan, 51, menyertai satu rancangan televisyen yang berkonsepkan tiru cara selebriti. Sejak daripada itu, kelibat Chen di jalan-jalan utama sentiasa menarik perhatian orang ramai, malah ada yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan wanita itu. Berikutan itu, ada beberapa pihak termasuk pasar raya sanggup membayar Chen untuk tampil sebagai Mao sebagai langkah mempromosi jualan mereka. Setiap kali diminta untuk menjadi Mao, Chen akan memakai pakaian yang sering digayakan oleh pemimpin itu beserta gaya rambut dan tahi lalat yang sama.

Chen yang mempunyai ketinggian 154 sentimeter juga akan memakai kasut khas yang mengubah ketinggiannya menjadi 180 sentimeter, iaitu sama dengan ketinggian Mao. Chen akan disolek selama beberapa jam oleh jurusolek khas setiap kali dia membuat penampilan sebagai Mao. Biarpun mendapat populariti dalam kalangan masyarakat, Chen melahirkan kekecewaan kerana ia menjejaskan hubungan dengan suaminya. Majalah Global People memetik Chen sebagai berkata, suaminya tidak menyukai penampilannya sebagai Mao dan menyifatkannya sebagai 'tidak menarik', selain enggan mengadakan hubungan seks dengannya. - AGENSI




.

Wanita ini dikecam kerana bertindak kejam dengan ratusan kucing



Wanita ini dikecam kerana bertindak kejam dengan ratusan kucing | Seorang wanita bertindak kejam apabila tergamak membunuh ratusan kucing untuk dijadikan bahan eksperimen. Kegiatan wanita warga Poland itu terbongkar selepas jirannya melaporkan kepada polis kerana tidak tahan dengan bau busuk dan bunyi bising suara kucing. Jurucakap polis berkata pada DailyMail, ketika diserbu, pihaknya menemui lebih 100 bangkai kucing di dalam peti ais. “ Atas maklumat awam, kami menyerbu ke rumah wanita itu dan mendapati terdapat ratusan bangkai kucing di merata tempat,” katanya.


Menurutnya, sebelum ini wanita berkenaan dilarang daripada menjaga anjing kerana melakukan kesalahan yang sama. “Kami percaya, susulan pelarangan tersebut, wanita berkenaan menukar aktiviti anjing kepada kucing untuk ‘menjayakan’ misi eksperimennya,” katanya. Beliau berkata, wanita itu kini menghadapi hukuman penjara dua tahun akibat melakukan kekejaman terhadap haiwan. Sementara itu, pegawai kebajikan haiwan mendapati, sebanyak 72 kucing berada dalam keadaan kekurangan gizi dan sakit. “Dari bedah siasat, terdapat beberapa kesan kecederaan pada badan kucing akibat dipukul,” katanya. -DM




.

Jovian Mandagie berkongsi kisah persiapan perkahwinannya dengan Nina Sabrina



Jovian Mandagie berkongsi kisah persiapan perkahwinannya dengan Nina Sabrina | Pereka fesyen terkemuka, Jovian Mandagie bakal menamatkan zaman bujang bersama kekasihnya yang merupakan anak Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Nina Sabrina pada 11 Disember ini. Jovaian, 27, dan Nina, 26, telah memilih Muzim Diraja, Istana Negara Lama sebagai lokasi untuk diijabkabulkan. "Kami berbesar hati dapat menjadi pasangan pertama yang diijabkabulkan di Istana Negara Lama. Kami dapat mengadakan majlis pernikahan di situ bukanlah kerana pengaruh sesiapa atau sebagainya. Sebaliknya Istana Negara Lama sendiri akan membuka pakej perkahwinan kepada orang awam," ujarnya.

Pasangan ini turut memberitahu bahawa mereka akan mengadakan tiga majlis resepsi di mana resepsi pertama diadakan pada 14 Disember di Hotel Shangri-La bertemakan tradisional Melayu khas untuk jemputan VIP. Manakala resepsi kedua pula akan diadakan pada keesokkan harinya iaitu 15 Disember khas untuk keluarga dan sahabat handai dengan bertemakan tradisional Jawa, dan resepsi ketiga akan diadakan seminggu kemudian di Bera, Pahang khas buat rakyat Bera berikutan ayah Nina merupakan Ahli Parlimen daerah itu. Dalam pada itu, busana yang akan dipakai ketika majlis akad nikah dan resepsi akan direka sendiri oleh Jovain dan adiknya Shims Mandagie.

"Gementar juga saya hendak mereka busana pengantin untuk Nina. Sebenarnya sehingga kini rekaan masih bertukar-tukar. Walaupun dia bakal isteri saya, tapi untuk menghasilkan busana untuknya, saya anggap Nina sebagai pelanggan saya. Saya hormat apa jua rekaan yang Nina suka." Sementara itu, pasangan ini berkata majlis perkahwinan mereka tidak menerima sebarang tajaan langsung. "Kami sendiri yang keluar duit untuk keseluruhan majlis perkahwinan ini. tapi jujur, ada banyak pihak yang menawarkan khidmat mereka. Selagi tidak berbentuk tajaan, kami terima tawaran mereka." Jovian dan Nina yang juga merupakan kakak kepada penyanyi Dafi mula menjalin hubungan hampir dua tahun lalu yang bermula sebagai kawan baik, kemudiannya sebagai pasangan kekasih. -Gua





.

Reaksi David Moyes, Manchester United seri dengan Cardiff City


Reaksi David Moyes, Manchester United seri dengan Cardiff City | David Moyes kecewa. Pengurus Manchester United itu kecewa lantaran pasukannya gagal meraih 3 mata penuh ketika perlawanan menentang Cardiff City. "Saya kecewa kerana kami gagal mendapatkan tiga mata penuh," ujar pengurus yang berasal dari Scotland itu. "Cardiff membuat kami tampil tertekan. Kami juga membuat kesalahan dengan melakukan pelanggaran pada pengujung perlawanan. Itu membuatkan lawan mendapatkan tendangan percuma yang kemudian dimanfaatkan untuk menyamakan kedudukan," tambah Moyes.

Moyes juga kecewa diatas kegagalan Danny Welbeck memanfaatkan peluang pada pertengahan babak kedua. "Jika Welbeck dapat memanfaatkannya, kami dapat membuatkan skor menjadi 2-1," tambah Moyes. Untuk info, Manchester seri dengan Cardiff City 2-2. Kerana perlawanan itu membuatkan Red Devils gagal menembus posisi empat besar dan hanya mampu berada di tangga keenam setakat ini. -AP




.

Gambar kebakaran di Lorong Jati, Kampung Kinabutan Besar, Tawau



Gambar kebakaran di Lorong Jati, Kampung Kinabutan Besar, Tawau | Sembilan buah rumah papan musnah dalam kebakaran di Lorong Jati, Kampung Kinabutan Besar di sini, pagi semalam, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Ketua Bomba dan Penyelamat Tawau Rudy Fredzeh berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.32 pagi dan pihaknya sampai ke tempat kejadian kira-kira lapan minit kemudian.


"Seramai 22 anggota dan dua buah jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan kami berjaya mengawal kebakaran pada pukul 9.28 pagi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian. Beliau berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat. Sementara itu, seorang daripada mangsa, Jufri Latip, 56, berkata ketika kejadian dia berada di bandar Tawau untuk membeli barang keperluan harian.


"Saya turun ke bandar sekitar pukul 7 pagi untuk membeli barang dan ketika balik ke rumah saya nampak asap berkepul-kepul dari arah kawasan rumah saya," katanya. Bagaimanapun Jufri yang menetap di situ sejak lapan tahun lepas bersyukur kerana isteri dan anak-anaknya selamat. - Bernama



P/S - Sumber gambar dari FB



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!