Sunday, December 15, 2013

Tips : Rahsia kurus dengan mudah



Tips : Rahsia kurus dengan mudah | Percaya atau tidak, sebahagian wanita menghabiskan masa selama 31 tahun berdiet. Malah, ada sebahagian daripada wanita merasakan amat sukar untuk kurus. Akhirnya mereka putus asa di pertengahan jalan. Memiliki badan yang lansing merupaka impian setiap wanita. Anda tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk kurus. Lihat senarai di bawah dan praktikan. Berikut adalah beberapa tips mudah untuk menurunkan berat badan. Makan bila perlu Jangan amalkan 'self reward' anda dengan makan. Ya, anda perlu memberikan diri anda sesuatu sebagai penghargaan jika anda berjaya mencapai sesuatu dalam hidup, tetapi makan besar itulah yang boleh membuatkan diet anda kurang berkesan. Ingat, ambil makanan yang sesuai dengan keperluan badan anda sahaja, dan yang paling penting jangan makan ikut nafsu.


Minum air secukupnya 

Berhenti mengambil minuman berkarbonat, bersusu, dan manis ketika menjamu selera. Cuba amalkan pengambilan air kosong sahaja. Air kosong merupakan salah satu ejen kurus yang berkesan. Pastikan anda minum 8 gelas air kosong sehari.


Kencangkan otot 

Sesetengah wanita berpendapat bahawa, otot yang kencang tidak memberikan apa-apa kesan untuk badan langsing. Salah! Otot-otot ini membantu dalam membentuk badan anda. Terutamanya pada bahagian kaki, diet sahaja tidak mencukupi untuk peha kecil, anda perlu kencangkan otot di bahagian peha supaya tidak ada ruang untuk lemak di peha.


Berjoging semasa perut kosong 

Berlari atau bersenam ketika perut kosong dapat meningkatkan 'hormone adrenalin' dan mengurangkan insulin dimana keadaan ini menukarkan lemak berubah menjadi tenaga.


Ubah gaya hidup 

Ini lebih kepada displin diri. Untuk mengelakkan berat badan bertambah anda perlu mengubah gaya hidup anda terlebih dahulu. Contohnya, jika anda lebih suka makan di luar berbanding masak, cuba lakukan sebaliknya. Memasak di rumah adalah lebih baik kerana anda boleh mengawal kandungan makanan yang anda makan.


Tetapkan sasaran 

Anda perlu mempunyai sasaran untuk mengurangkan berat badan. Contohnya, pada bulan ini anda ingin mengurangkan berat badan sebanyak 10 kilogram. Pastikan anda capai sasaran anda sebelum bulan hadapan.


Luangkan masa untuk bersenam 

Berhenti memberi alasan dan menangguhkan senaman anda. Tahukan anda bersenam selama 30 minit sehari sudah memadai untuk mencapai berat badan ideal?


Sekali sekala ke gimnasium 

Anda bosan melakukan senaman berseorangan? Anda boleh pergi ke gimnasium berdekatan untuk lebih ramai orang dan suasana yang tidak membosankan. Cari gimnasium yang menawarkan pelbagai servis senaman. Antaranya, Yoga, kelas menari, kelas Muay Thai atau banyak lagi.

 
Jauhi dadah 

Ini merupakan satu perkara yang penting. Jangan sesekali melibatkan diri anda dengan dadah hanya kerana anda ingin kurus. Dadah di sini termasuk pil-pil kurus yang sebenarnya boleh membahayakan kesihatan. Jika anda inginkan perangsang, cuba makan vitamin yang bersesuaian. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.


Jangan fokus pada satu bahagian sahaja 

Daripada anda fokus pada beberapa bahagian badan sahaja, apa kata anda melakukan senaman untuk kesuluruhan badan? Ia bukan sahaja mengurangkan berat badan anda, malah meningkatkan kesihatan juga!


Selamat Mencuba!




.

Model terkenal dunia merasakan pakai bikini sudah tidak sesuai untuknya



Model terkenal dunia merasakan pakai bikini sudah tidak sesuai untuknya | Pengacara dan model terkenal dunia Heidi Klum enggan melihat dirinya memakai bikini lagi selepas merasakan tidak sesuai seiring dengan usianya yang sudah mencecah 40 tahun. Seperti dipetik laporan Hollywoodreporter, Heidi antara model popular pakaian dalam jenama Victoria Secret ini merasakan untuk berjalan 'catwalk' dengan memakai pakaian dalam pada usia sudah lanjut adalah suatu perkara yang tidak sesuai. "Saya tidak akan menjadi model dan berjalan dengan hanya memakai pakaian dalam lagi. Saya sudah mula rasa kurang selesa," katanya.

 Namun begitu, itu tidak bermaksud beliau akan behenti sepenuhnya dari bidang modeling kerana beliau masih lagi menerima tawaran untuk sesi fotografi untuk majalah dan iklan. Dalam pada masa, Heidi yang kini berpacaran dengan Martin Kirsten seorang pengawal peribadi masih terlibat dengan program "Germany's Next Top Model" dan "Project Runaway" sedang dalam proses untuk melancarkan jenama pakaian kanak-kanak miliknya sendiri iaitu "Barbies R Us". -AP




.

Akibat kesunyian tanpa keluarga



Akibat kesunyian tanpa keluarga | Seorang wanita yang terdesak untuk memiliki keluarga sanggup menyiarkan iklan untuk menyewa sesiapa yang berminat menghabiskan masa bersamanya selama beberapa hari ketika musim cuti. Pelajar wanita Universiti William Jessup berusia 26 tahun itu menyiarkan iklan ingin menyewa ahli keluarga dengan bayaran AS$8 (RM25.70) sejam selama beberapa hari ketika musim cuti yang bakal menjelang, lapor News10.net. Dia mendakwa berasal daripada keluarga yang berpecah-belah dan menjadi mangsa penderaan selama beberapa tahun ketika zaman kanak-kanaknya, selain turut hidup merempat di jalanan selama bertahun-tahun.

Dia juga mengakui memilih hala tuju yang salah dalam kehidupannya sebelum akhirnya ditahan kerana mencuri dan meringkuk di penjara selama setahun. Bagaimanapun, wanita itu gembira kerana beberapa individu dengan latar belakang yang sama sudah memberi maklum balas terhadap iklan disiarkannya. Mereka berharap dapat berkumpul ketika cuti Hari Krismas dan tahun baru kelak. -AP



P/S - Gambar sekadar hiasan




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!