Saturday, December 21, 2013

Remaja lelaki rogol 300 ekor ayam dan...


Remaja lelaki rogol 300 ekor ayam dan... | Seorang remaja lelaki 17 tahun di daerah Tasikmalaya, Jawa Barat, didakwa merogol seorang budak perempuan enam tahun dan 300 ekor ayam. Hakim kes itu, Motur Panjaitan, berkata remaja terbabit mengaku merogol ayam, membunuhnya atau membiarkannya mati. Itu yang diberitahu tertuduh, kata Motur kepada portal berita Indonesia, Detik.com. Penternak ayam dari kejiranan defendan perkampungan Cimanuk, daerah Cikalong, dipanggil memberi keterangan terhadap remaja terbabit yang didakwa rogol ketika mabuk dan cuba membunuh seorang budak sekolah rendah. Dia juga didakwa mencampakkan mangsa ke laut. Tetapi, budak perempuan itu terselamat. Agus Sugianto, 30, berkata ayamnya diserang defendan antara Disember 2012 dan September 2013.

 Tiga puluh ekor ayam milik saya mati. Ternakan itu kacukan Arab dan ayam kampung, kata Agus kepada portal berita jpnn.com. Katanya ayamnya mengalami koyakan teruk pada dubur dan tanda lain jelas dirogol. Serang kambing, ayam Wasudisman, bapa saudara defendan berkata anak saudaranya sudah terbabit dalam kelakuan seksual luar tabii sejak berusia sembilan tahun. Bapa saudara berusia 47 tahun itu berkata beliau pernah melihat anak saudaranya menyerang kambing dan ayam. Saya fikir dia melakukan perbuatan itu kerana dia sakit, kata Wasudisman.

Katanya, dia membesarkan defendan sejak berusia tujuh tahun kerana ibunya seorang pekerja asing di luar negara manakala bapanya tidak diketahui di mana berada. Ramai jiran datang ke rumah, katanya, menuntutnya membayar 25,000 rupiah (RM6.77) bagi setiap ayam yang dibunuh anak saudaranya. Peguam budak lelaki itu, Ramadanil S. Daulay, berkata defendan menderita gangguan seksual dan meminta dia menerima rawatan perubatan berbanding dipenjarakan. Orang yang sakit sepatutnya dirawat di pusat pemulihan, bukan penjara. Memenjarakannya tidak akan menghalang perbuatannya kecuali mendapat rawatan yang betul, kata Ramadanil. -AGENSI




.

3 pekerja restoran di Sogo cedera kerana gas bocor


3 pekerja restoran di Sogo cedera kerana gas bocor | Tiga pekerja restoran makanan barat di pusat membeli-belah Sogo di sini, cedera selepas berlaku kebakaran, dipercayai akibat kebocoran gas di dapur restoran itu semalam. Timbalan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Imam Bukhari Susami berkata, bomba menerima panggilan kira-kira 10 pagi dan menggerakkan enam anggota bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian. "Setibanya di situ, api telah dipadamkan menggunakan alat pemadam api yang terdapat di restoran itu. "Kebakaran hanya berlaku di bahagian dapur dan tidak merebak di bahagian lain.

Ketiga-tiga mangsa yang mengalami kesan melecur di beberapa bahagian badan, dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut," katanya. Beliau berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. Sementara itu, seorang pekerja jualan di pusat membeli-belah berkenaan, Awatif Abdullah, 29, berkata beliau terdengar bunyi letupan beberapa kali dari arah restoran sebelum dimaklumkan berlaku kebakaran yang mengakibatkan tiga kakitangan restoran itu cedera. - Bernama




.

Nurul AF2 dan suami, menang saman keatas TV3



Nurul AF2 dan suami, menang saman keatas TV3 | Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan TV3 dan empat yang lain membayar ganti rugi RM250,000 kepada bekas Bintang Akademi Fantasia Musim ke-2, Nurullah Zawawi dan suaminya dalam kes saman fitnah berhubung status perkahwinan mereka yang disiarkan dalam program hiburan 'Melodi' dua tahun lepas. Hakim Datuk Nor Bee Ariffin juga memerintahkan kelima-lima defendan membayar sejumlah RM70,000 sebagai kos kepada penyanyi itu yang lebih dikenali dengan gelaran Nurul AF2 dan suaminya Mohd Munzil Muhamad selaku plaintif pertama dan kedua.

 Nor Bee membuat keputusan itu selepas membenarkan saman yang dikemukakan pasangan itu terhadap TV3, penerbit rancangan Melodi Azman Abd Ghafar, wartawannya Michelle Wee Lili, syarikat Alt Media Sdn Bhd dan abang kandung Nurul iaitu Bustamam Zawawi. Nor Bee juga memutuskan kesemua defendan gagal membuktikan pembelaan masing-masing dalam kes saman itu. Pada 5 September 2011, Nurul dan suaminya memfailkan saman terhadap kesemua defendan selepas rancangan Melodi pada 26 Jun 2011, menyiarkan kenyataan berhubung isu perkahwinan mereka yang didakwa berunsur fitnah berserta gambar visual yang merujuk kepada pasangan itu.

Mereka juga mendakwa perkataan serta gambar visual yang disiarkan dalam rancangan itu memberi gambaran bahawa perkahwinan mereka tidak sah di sisi undang-undang dan mereka tidak menghormati ibu bapa serta keluarga. Pasangan itu yang diwakili peguam David Dev Peter menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, perintah injunksi, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah. Dalam keputusannya Nor Bee juga berkata perkahwinan Nurul dan suaminya adalah sah mengikut perintah Mahkamah Syariah Hulu Langat yang mengesahkan pernikahan pasangan itu. Nor Bee membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan saksi plaintif dan defendan. - Bernama





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!