Sunday, December 22, 2013

Antara usaha hebat bagi membantu mangsa Taufan Haiyan


Antara usaha hebat bagi membantu mangsa Taufan Haiyan  | Kebolehan luar biasa Ainan Celeste Cawley dalam bidang muzik, memberi manfaat besar apabila lagu ciptannnya berjudul 'Renaissance', dipilih menghiasi album amal untuk membantu mangsa taufan Haiyan. Berdarah kacukan Ireland-Singapura/Melayu, Ainan, 14, diundang menjayakan penghasilan album bertajuk 'Composers for Relief' bagi membantu mangsa bencana alam dahsyat yang melanda Filipina itu. Lebih 30 penggubah lagu berbakat luar biasa dari 16 negara berpadu tenaga dalam penghasilan album itu. Bercakap kepada Bernama, Ainan berkata dia mengambil masa tidak sampai setengah jam untuk menghasilkan 'Renaissance' dan ciptaan itu lahir daripada fikiran serta perasaannya.

Kata Ainan, lagu ciptaannya menggabungkan idea tentang kelahiran dan pertumbuhan semula. "Ia mencerminkan kehebatan muzik. Irama lagu ini bermula dengan rentak perlahan dan santai, sebelum beralih ke rentak lebih bertenaga. Bagi saya, ia melambangkan keadaan yang perlu dilalui penduduk Filipina - tempoh pemulihan secara perlahan, disusuli kelahiran semula dengan penuh bertenaga," kata Ainan. Menurut pemuzik istimewa ini, dia menghasilkan muzik setiap masa, termasuk ketika dikelilingi orang ramai.

"Saya sentiasa melagukan irama kepada diri sendiri...kemudian, saya akan duduk dan memainkankannya dengan piano untuk mengembangkan idea asal saya itu," katanya. Laporan sebelum ini menyebut Ainan mula bermain piano ketika berusia 12 tahun dan mengejutkan para hadirin apabila mempersembahkan sebuah lagu ciptaan Beethoven. Kemudian, dia mencipta sebuah lagu latar untuk filem pendek Malaysia bertajuk 'Reflection', yang ditayang di Festival Filem Antarabangsa Vilnius awal tahun ini. Composers for Relief diterbitkan secara dalam talian pada 12 Disember. -Bernama





.

Pengantin sahut cabaran rakan di hari pernikahan



Pengantin sahut cabaran rakan di hari pernikahan | Seorang lelaki Arab Saudi menyahut cabaran rakan dengan menunggang basikal ke dewan perkahwinan untuk dinikahkan. Rakan lelaki berkenaan mencabar pengantin baru itu berbuat demikian dan berjanji membayar hantaran kepada pengantin perempuan jika dia berbasikal ke dewan perkahwinan. Lelaki berkenaan menerima cabaran itu dan selepas rakannya berjalan di depan, dia mengikut mereka dengan menunggang basikal ke dalam dewan, tempat saudara-mara dan tetamu menanti bermulanya majlis rasmi, lapor akhbar Al Anba.


Angkat jubah

Dia mengangkat jubah bagi membolehkannya mengayuh dengan mudah dan memastikan penutup kepala tidak mengganggu pandangan. Dia mengayuh basikal dua pusingan sebelum keluar dari pintu lain di depan tetamu yang terkejut dan gelak ketawa rakan-rakan yang merakamkan adegan itu dengan kamera telefon masing-masing. Ramai yang membuat komen di laman sosial selepas klip video itu diedarkan, kebanyakannya bersimpati dengan lelaki berkenaan.

Namun, ada juga memuji keberanian dan cabaran untuk menyelesaikan hantaran yang kerap menjadi isu di sini. Hantaran tinggi dan majlis berprestij di Arab Saudi serta negara Teluk lain kerap menjadi sebab anak muda menangguh perkahwinan mereka. Kempen dilancarkan golongan agama untuk mengurangkan kos dan menggunakan pendekatan lebih mesra oleh keluarga kerap ditentang masyarakat yang berpegang teguh kepada adat. - AGENSI




P/S - Sekadar gambar hiasan




.

Gambar nikah Safee Sali dan isteri, Shasha


Gambar nikah Safee Sali dan isteri, Shasha | PEMAIN bola sepak kebangsaan, Safee Sali selamat bernikah dengan pasangan seorang wanita dari seberang pagi ini. Khabar gembira itu dikongsikan menerusi Facebook rasmi SafeeSali_10 Official. Sebelum ini gosip bertebaran mengatakan Safee bakal bernikah dengan wanita yang dikenali dengan nama Shasha, seorang warganegara Indonesia, apabila kad perkahwinan mereka tersebar di internet. Majlis persandingan di pihak lelaki akan diadakan pada 28 Disember di Bidor, Perak. Safee sebelum ini pernah berkahwin dengan Sabarina Yusoff pada tahun 2007 dan bercerai pada 2012. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata hasil perkahwinan tersebut.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!