Apa ribuan pemancing buat di Sungai Hwacheon yang membeku? | Ribuan pemancing Korea Selatan membanjiri Sungai Hwacheon yang membeku di wilayah Gangwon dekat sini bersempena Festival Ikan Trout Gunung Gangwon yang berlangsung sepanjang bulan ini. Setiap pemancing akan membawa keluarga masing-masing ke sungai itu yang terletak di wilayah pertama Korea yang dilanda musim sejuk, bagi menyertai satu daripada festival paling popular di negara ini. Peserta tidak kira tua atau muda akan menggali ais beku sehingga 40 sentimeter sebelum menggunakan joran masing-masing bagi memancing ikan trout sebanyak mungkin. Menurut penganjur, mereka menganggarkan lebih daripada sejuta pemancing akan mengambil bahagian sepanjang tiga minggu karnival tersebut berlangsung.
Bagi memastikan ikan trout tidak berkurangan sepanjang festival itu, penganjur akan menambah kira-kira 32 tan ikan baharu ke dalam Sungai Hwacheon setiap hari. Peserta kemudiannya boleh memasak ikan yang ditangkap mereka di pusat khas yang disediakan berhampiran tapak memancing ataupun boleh dimakan mentah seperti sushi. Festival yang akan berakhir pada 26 Januari itu turut diikuti pelbagai aktiviti lain seperti bola sepak ais, membina patung ais dan luncur salji. Sungai Hwacheon di wilayah Gangwon terletak kira-kira 19 kilometer dari sempadan yang memisahkan sempadan Korea Selatan dan Korea Utara. - AGENSI
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment