Tuesday, January 21, 2014

Gambar ikan paus kembar siam



Gambar ikan paus kembar siam | SEEKOR ikan paus kelabu kembar siam atau berkepala dua ditemui mati di Laguna Ojo de Liebre, Mexico. Penemuan pertama kali paus kelabu atau nama saintifiknya Eschrichtius robustus mengejutkan saintis marin. Saintis American Cetacean Society Alisa Schulman-Jangier berkata, anak paus itu memiliki satu badan dengan dua kepala. “Ia dilahirkan tidak cukup bulan atau keguguran. Paus itu hanya berukuran 2.1 meter berbanding ukuran normal 3.6 hingga 4.8 meter yang biasanya terdapat di perairan Artik," katanya, menurut laporan National Geographic. Menurutnya, kehadiran paus spesies tersebut di perairan Mexico merupakan perkara luar biasa berbanding spesies minke yang biasa ditemui terutamanya ketika musim mengawan. -AP



.

1 Penyokong CHELSEA:

Unknown on January 21, 2014 at 6:15 PM said...

wah..unik!
x pernah tgk
Ayu mempesonakan! Jom!!! Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!