Thursday, January 9, 2014

Jumlah kerugian akibat kebakaran di Rantau Panjang



Jumlah kerugian akibat kebakaran di Rantau Panjang | Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menganggarkan kebakaran membabitkan 60 unit di Pekan Rantau Panjang, Pasir Mas pada Isnin lalu melibatkan kerugian sebanyak RM2 juta. Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Negeri Abdul Jalil Ishak berkata, setiap unit kedai yang musnah dalam kebakaran itu dianggarkan berjumlah antara RM40,000 hingga RM60,000. Menurutnya, kebakaran tersebut melibatkan jumlah kerugian yang besar kerana keseluruhan unit kedai berkenaan diperbuat daripada kayu.

"Anggota daripada Unit Penyiasatan Kebakaran masih lagi menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu berlaku," katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini. Sebanyak 60 unit kedai berusia kira-kira 20 tahun di Pekan Rantau Panjang berhampiran Kompleks Zon Bebas Cukai Rantau Panjang di sini, yang terkenal sebagai 'syurga membeli-belah' musnah dalam kebakaran tersebut. Kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa berikutan kesemua premis tidak beroperasi pada waktu malam. - Utusan




.

2 Penyokong CHELSEA:

Rizziela on January 9, 2014 at 9:43 AM said...

yg penting tiada kemalangan jiwa.. tp masih kerugiaan yg banyak kan

Rozita Ceritaita on January 9, 2014 at 10:47 AM said...

kesian peniaga tu...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!