Sunday, January 19, 2014

Kemunculan beberapa ekor buaya besar mengemparkan penduduk



Kemunculan beberapa ekor buaya besar mengemparkan penduduk | Penduduk Kampung Tajung Hulu, Gang 86 Pontianak Timur, Kota Pontianak digemparkan dengan kemunculan beberapa ekor buaya besar di permukaan Sungai Landak dekat sini. Kemunculan buaya di sungai itu yang mengalir di kebanyakan daerah Kalimantan Barat membuatkan penduduk yang tinggal berhampiran tebing Sungai Landak hidup dalam ketakutan. Tribunnews.com melaporkan, penduduk mula mengesan kehadiran buaya-buaya bersaiz besar itu pada minggu lalu dan haiwan tersebut kembali dilihat pada Isnin lalu. Menurut penduduk, Ata Kasta, 46, buaya-buaya itu mengakibatkan penduduk kini takut untuk mandi di sungai.

"Buaya itu akan muncul secara tiba-tiba. Ia membuatkan penduduk berasa ketakutan. Kami bimbang reptilia itu akan membaham kami,'' katanya. Ata menambah, dua ekor buaya yang muncul di gigi air Sungai Landak minggu lalu kesemuanya berukuran panjang lebih tiga meter. "Yang pertama agak besar ukurannya, manakala yang muncul malam tadi pula agak sederhana saiznya,'' katanya. Ata menambah, sejak penemuan buaya bersaiz besar itu, dia bukan sahaja takut untuk mandi, malah tidak sanggup untuk membersihkan paip bomba yang berada di sungai tersebut. - Agensi




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!