Saturday, January 4, 2014

Khabar terkini, Juara Idola Kecil musim keenam, Danial Cheur Hamasiah


Khabar terkini, Juara Idola Kecil musim keenam, Danial Cheur Hamasiah | Juara program Idola Kecil musim keenam Danial mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya ke tingkatan satu di Sekolah Seni Malaysia di Shah Alam, dekat sini bermula Khamis lalu. Danial atau nama sebenarnya Danial Cheur Hamasiah, 13, berkata, dia memilih sekolah tersebut kerana mahu mendalami bidang seni secara menyeluruh sebagai persediaannya untuk bergelar penyanyi pada masa hadapan. "Sejak masuk Idola Kecil lagi saya sudah berhasrat untuk memasuki sekolah itu semata-mata mahu mendalami bidang seni yang cukup saya minati sejak kecil. "Saya cukup teruja apabila diberitahu diterima masuk ke sekolah berkenaan," katanya.

Danial yang menyanyikan lagu When I Was Your Man dan sebuah lagu baharu, Bangkit pada pertandingan akhir yang di adakan di Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam pada Sabtu lalu berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM15,000 dan trofi. Sekolah Seni Malaysia merupakan sebuah sekolah menengah kelolaan Kementerian Pelajaran bagi mereka yang mempunyai kemahiran dalam bidang seni seperti seni visual, lakonan dan juga muzik Dalam pada itu, Danial berkata, kemasukannya ke sekolah berasrama penuh itu adalah menyebabkan dia terpaksa berjauhan dengan keluarganya yang menetap di Tawau, Sabah. Bagaimanapun kata Danial, dia sudah bersedia untuk berdikari walaupun mengakui berasa sedih terpaksa berpisah dengan ibu-bapanya."Saya anak bongsu dalam keluarga dan cukup rapat dengan ibu dan bapa jadi pasti akan sedih terpaksa berjauhan dengan mereka.

"Tetapi ini adalah peluang untuk saya berdikari dan mempelajari bidang seni untuk masa depan saya," jelasnya. Sementara itu, Danial berkata, dia akan mempertimbangkan sekiranya ada pihak yang ingin mengundangnya mengadakan persembahan atau pun merakamkan album selepas ini. Jelas Daniel, dia yakin dapat membahagikan masa dengan baik dan akan mengutamakan pelajaran. "Ini adalah impian saya sejak kecil dan peluang mengadakan persembahan atau merakamkan album akan saya pertimbangkan namun pelajaran akan menjadi keutamaan saya," katanya. -Mstar




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!