Tuesday, January 21, 2014

Negara ini cipta rekod baharu


Negara ini cipta rekod baharu | Seramai 5,084 kanak-kanak melukis mural secara serentak dalam tempoh tiga minit setengah ketika sambutan ulang tahun ke-100 Terusan Panama mencipta rekod baru dalam Rekod Dunia Guinness, kelmarin. Media tempatan melaporkan, ribuan budak itu menghasilkan lukisan mural terusan yang terletak di persiaran El Prado di Panama City. Sebelum ini, rekod melukis secara serentak dipegang oleh 3,860 pelukis di Arab Saudi. Terusan sepanjang 80 kilometer mengendalikan lima peratus perdagangan maritim global tersebut dirasmikan pada 15 Ogos 1914. Difahamkan, projek perluasan terusan terbabit terpaksa dihentikan kerana masalah kewangan, dipetik dari laporan AFP.




.

2 Penyokong CHELSEA:

Unknown on January 22, 2014 at 1:49 AM said...

lepas ni ... Kanak2 Malaysia pulak....

Recent Post from MQ~Live : Romantiknya Monyet tu Naik Moto.

kakitravelkhairuddin.blogspot.com on January 22, 2014 at 7:24 AM said...

Tahniah Malaysia.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!