Friday, January 24, 2014

Pelakon dan pengarah Syamsul Yusof dan adik, Syafiq Yusof bakal adakan majlis resepsi persandingan serentak


Pelakon dan pengarah Syamsul Yusof dan adik, Syafiq Yusof bakal adakan majlis resepsi persandingan serentak | Pelakon dan pengarah Syamsul Yusof dan adik, Syafiq Yusof bakal mengadakan majlis resepsi persandingan secara serentak pada Jun depan. Perkara itu diberitahu oleh bapa mereka yang juga Penerbit Skop Productions, Datuk Yusof Haslam yang turut berkata, majlis berkenaan dirancang untuk diadakan dalam suasana sederhana bagi mengelak daripada berlakunya pembaziran. "Setelah berbincang, kami bersetuju untuk mengadakan sebuah majlis sahaja melibatkan perkahwinan Syamsul dan adiknya Syafiq itu pun cukuplah sekadar secara sederhana agar tidak membazir. "Bagaimanapun hasrat ini belum dibincangkan lagi dengan Syamsul," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Yusof, 60, berkata kedua-dua menantunya berasal daripada keluarga yang baik-baik dan berpendidikan tinggi.

"Alhamdulillah kedua-dua pilihan mereka daripada keluarga yang bagus. Puteri Sarah pun seorang yang baik dan sentiasa ingin berubah kea rah menjadi lebih baik. "Pilihan Syafiq pula daripada keluarga yang mempunyai pendidikan agama yang tinggi bagus juga untuk dia saya hanya doa yang terbaik." Pada masa sama, penerbit filem "KL Gangster" itu berkata, walaupun bimbang melepaskan anak-anaknya untuk membina keluarga, namun dia yakin mereka mampu menjalankan tanggungjawab sebagai ketua rumah tangga dengan baik. "Saya harap lepas ini kehidupan mereka lebih terurus, kalau nak kata bimbang itu ada juga tapi kalau fikir balik dalam hubungan suami isteri tidak semua indah sahaja. "Apa yang penting adalah mereka akan menjadi orang yang lebih baik."




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!