Tuesday, January 21, 2014

Penyanyi Saida Tarudin dedah jejaka yang bertakhta dihati kini


Penyanyi Saida Tarudin dedah jejaka yang bertakhta dihati kini | Penyanyi yang semakin manis bertudung, Saida Tarudin mengakui beliau kini sedang mengenali hati budi seorang jejaka yang bernama Apit. Memetik kenyataan di portal gua.com.my, kakak kepada penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza itu berkata, dia sudah mengenali jejaka berstatus duda tersebut selama dua tahun. Namun Saida enggan mengklasifikasikan hubungan mereka sebagai cinta. Kini mereka dalam fasa mengenali antara satu sama lain dan Saida menjelaskan yang dia senang dengan sikap memahami jejaka itu.

 "Alhamdulillah, saya sedang mengenali dirinya. Kini kami sedang menyelami hati budi masing-masing. Apa yang saya boleh katakan sekarang, saya hanya mahu 'go with the flow' dan mahu hubungan ini berjalan mengikut aturan langkah demi langkah (step by step)," "Kami saling memahami dan itu membuatkan kami senang untuk berkawan. Dia seorang yang berfikiran matang. Saya mempunyai anak, dia juga mempunyai anak. Jadi, apabila dia berfikiran sebegitu, perhubungan kami berjalan lancar dan boleh pergi jauh. Umur bukan penghalang, apa yang penting dia berfikiran matang," ujar Saida yang berusia 38 tahun, manakala jejaka tersebut berumur 34 tahun. -MD




.

1 Penyokong CHELSEA:

Rizziela on January 22, 2014 at 10:23 AM said...

alamak..bakal suami lebih muda dari umur ct tu..mcm mana ek

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!