Sunday, January 19, 2014

Remaja lari dari rumah selama setahun, akhirnya kembali di temui


Remaja lari dari rumah selama setahun, akhirnya kembali di temui | Gara-gara sering dipukul oleh bapanya, seorang remaja mengambil keputusan nekad lari dari rumah dan berjalan kaki dari kampung ke kampung selama hampir satu tahun untuk mencari tempat perlindungan. Yadal, 12, yang berasal dari Dusun Matangnga bertindak sedemikian dengan harapan dapat mencari keluarga angkat bagi membantunya meneruskan pembelajaran di sekolah. Ketika ditemui, Yadal berada dalam keadaan tidak bermaya dan dia kemudiannya dihantar ke balai polis berdekatan oleh penduduk tempatan.

Ketua Perkhidmatan Sosial Seksyen Pemulihan Gerat Mandar, Arfa Atco berkata, dalam satu sesi kaunseling bersama Yadal, anak kelapan daripada 10 orang adik-beradik itu mengaku sering dipukul oleh bapanya. "Kanak-kanak malang ini sebenarnya mangsa penderaan dan kerana itu, dia bertindak lari dari rumah meninggalkan keluarga dan kampung halamannya. Namun begitu, semangatnya untuk meneruskan pelajaran sangat tinggi,'' kata Arfa kepada Kompas.com baru-baru ini.

Menurut Arfa lagi, ibu bapa Yadal iaitu Dilang dan Ana sudah bercerai, dan ibunya kini tinggal bersama suami barunya di daerah Sidrap, Sulawesi Selatan sehingga menyebabkan kehidupan mereka adik-beradik tidak terurus. Buat sementara waktu, Yadal akan ditempatkan di pejabat Perkhidmatan Sosial Gerat Mandar sebelum dia dihantar ke rumah asuhan. Pihak berkuasa juga akan menguruskan surat pertukaran sekolah dan mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa kanak-kanak malang itu untuk membenarkan dia bersekolah di sini. - AGENSI




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!