Tuesday, January 14, 2014

‘Sultan Melaka’ di tahan polis di Jasin, Melaka


‘Sultan Melaka’ di tahan polis di Jasin, Melaka | Penahanan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya 'Sultan Melaka’ di Jasin, Melaka hari ini adalah berdasarkan undang-undang negeri dan Perlembangaan Persekutuan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi. Berdasarkan Sejarah Melayu dan bahan kajian seperti Hikayat Hang Tuah, beliau berkata Sultan Melaka yang terakhir ialah Sultan Mahmud Shah (1488-1511) dan selepas itu tiada sultan di negeri itu. Selain itu, katanya, apabila penubuhan Negeri-Negeri Selat yang terdiri daripada Melaka, Pulau Pinang dan Singapura, dari segi Perlembangaan Negeri dan Perlembangaan Persekutuan tidak ada mana-mana individu yang boleh mendakwa atau menuntut tahkta kesultananan di negeri berkenaan.

“Dalam hal ini, polis mengambil tindakan adalah berdasarkan pada perundangan yang ada pada kerajaan negeri, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan juga Perlembangaan Persekutuan. “Saya harap mana-mana individu dan kumpulan yang mahu menuntut tahkta Melaka harus melupakan hasrat itu. Lihat fakta, sejarah dan perundangan. Ini harus diakui sebagai hakikat dan kenyataan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Pasukan Bola Sepak PDRM di sini hari ini. -BH





.

1 Penyokong CHELSEA:

Adilah Manaf Celik Vitamin on January 15, 2014 at 4:53 AM said...

Jasin! Tempat saya belajar dulu. Nostalgia.

Petua Awet Muda Dan Cantik Macam Ayu Raudhah

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!