Wednesday, February 5, 2014

Bahana penipuan percintaan dalam talian (online)



 Bahana penipuan percintaan dalam talian (online)  | Polis Nigeria menahan seorang lelaki berkaitan pembunuhan wanita Australia yang ditipu AS$90,000 (RM300,015) menerusi penipuan percintaan dalam talian. Suruhanjaya Ekonomi dan Kewangan (EFCC) berkata Orowo Jesse Omokoh ditahan pada 28 Januari di Nigeria, tanpa memperincikan lokasi individu itu ditahan. Pelajar University of Ibadan di tenggara negara itu akan dihadapkan ke mahkamah untuk perbicaraan ekstradisi, menurut seorang jurucakap. Omokoh dikatakan terbabit dalam percintaan palsu dalam talian dengan Jette Jacobs, tetapi lima hari selepas berpindah ke Johanesburg, Afrika Selatan untuk menemui Jacobs pada Februari tahun lalu, wanita itu ditemui mati.


Mahu meterai percintaan 

Keluarga wanita itu percaya beliau dibunuh selepas meninggalkan rumah di Wagin, timur laut Perth pada November lalu untuk berjumpa bagi memeterai percintaan dalam talian yang berlangsung empat tahun. Beberapa barang berharganya hilang dan Omokoh pulang ke Nigeria. “Polis Afrika Selatan, yang menyiasat kematian misteri itu, mengesyaki Omokoh bertanggungjawab ke atas kematian Jacobs,” kata EFCC. Organisasi itu, yang menyiasat penipuan dalam talian dan penggubahan wang haram, berkata Polis Persekutuan Australia memaklumkan pegawainya pada Mac bahawa Omokoh menipu Jacobs sebanyak AS$90,000.

Jacobs, seorang nenek dari Barat Australia, dilaporkan menghantar AS$10,000 (kira-kira RM30,000) ke Nigeria ketika ‘percintaan’ empat tahun dengan lelaki dikenali ‘Jesse’. Tragiknya, polis menerusi ‘Operation Sunbird’ untuk menumpaskan penipuan dalam talian sudah menghantar surat kepada Jacobs mengingatkan beliau adalah mangsa penipuan tetapi surat itu tiba ketika beliau sudah berangkat ke Afrika Selatan. Beliau mempunyai enam anak dan 14 cucu. - AGENSI




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!