Tuesday, February 11, 2014

Fizo Omar dedah cara dia dan isterinya Mawar bercinta selepas berkahwin


Fizo Omar dedah cara dia dan isterinya Mawar bercinta selepas berkahwin | Sejak berkahwin boleh dikata kerap juga dilihat pelakon Fizo Omar yang membawa isterinya ke acara-acara hiburan. Pendek kata, di mana ada Fizo, terlihat juga Mawar di sisinya. Dalam erti kata lain, pasangan suami isteri sama cantik sama padan ini dilihat asyik berkepit saja di hadapan umum. Namun timbul desas-desus sesetengah pihak mengatakan pasangan ini seperti mengada-ngada, tak boleh nak berenggang langsung. Cukuplah mereka bersikap romantis di rumah tak perlulah selalu sangat nak ditunjukkan depan umum. Ada yang kata, Fizo galak sangat tayang isteri. Heh. "Mestilah... (senyum) Mawar kena sentiasa ada bersama saya. Tapi kalau ikutkan untuk acara anugerah sebegini, ini baru kali kedua saya bawa dia. Sedikit sebanyak dia semakin faham dengan kerja saya. "Lagipun kami ni kan bercinta selepas kahwin. Jadi inilah cara kami habiskan masa bersama. Tapi tidaklah selalu sangat dia ikut saya, cuma ada masa-masa tertentu saja. Mawar pun ada kerja dia sendiri, sebagai contoh dia yang bertangggungjawab untuk mencipta setiap rekaan tudung Fareeda.

"Tapi sebenarnya kalau dari segi bekerja, boleh dikatakan memang kami sentiasa bersama walaupun kami kendalikan bidang perniagaan yang berlainan. Tapi kami berkolaborasi untuk cari peluang perniagaan bersama. Dengan cara tu juga agak memudahkan kami, misalnya kalau nak jumpa klien kami boleh pergi bersama-sama", katanya ketika ditemui sewaktu di acara karpet merah Anugerah Meletop Era di Stadium Putra Bukit Jalil baru-baru ini. Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol berkahwin dengan anak kepada pengasas tudung jenama Fareeda itu pada 10 November tahun lalu.

Dalam pada itu, berkongsi sedikit mengenai kehidupan mereka kini, Fizo berkata sejak bergelar suami hidupnya semakin teratur. Malah usahawan muda ini bersyukur kerana perniagaannya kini bertambah maju. "Syukur Alhamdulillah, semakin bahagia dan hidup pun lebih teratur. Mungkin inilah yang dikata rezeki kawin, sebab perniagaan Hot Burger saya pun dah berkembang. Begitu jua dengan perniagaan tudung Fareeda yang akan buka lagi tiga cawangan", katanya sambil mengukir senyuman.


Mawar Jadi Pengacara 

Dalam pada itu Fizo memberitahu dia dan Mawar bakal mengacarakan sebuah program berkonsepkan kesihatan dan kecantikan, 'Cergas Jelita'. Program itu akan disiarkan di saluran RTM tidak lama lagi. Menurut Fizo, biarpun tahu isterinya tidak mempunyai pengalaman dalam mengacarakan program, namun dia sangat mengalakkan isterinya itu menceburi bidang tersebut kerana yakin Mawar boleh melakukannya. "Saya tak kisah kalu dia nak cuba dalam bidang pengacaraan. Sebenarnya kami dapat tawaran ni selepas berkawin. Dalam program itu saya hanya membantu dan sebagai penyokong dia Mawar kerana dia yang mengendalikan sepenuhnya rancangan tu. "Ini juga satu pendedahan dan peluang baik untuk bisnes kami. Sebab dalam program ni ada juga membincangkan topik tentang tudung", katanya.

Sementara Mawar pula berkata, dia mahu mencuba walaupun sikap pemalu dalam dirinya menebal. Bahkan sebagai persediaan, Mawar memberitahu dia ada mengikuti kelas pengacaraan "Sebagai persiapan saya, saya ada ikuti kelas pengacaraan. Sebelum berkahwin dulu pun saya pernah muncul dalam sebuah program untuk berkongsi tips tentang tudung. Dari situ saya sudah mempunyai peminat saya yang tersendiri. Rata-rata mengenali sebagai model tudung Fareeda. "Selepas berkahwin ni, peminat saya bertambah. Dan saya rasa ini peluang baik untuk saya, di sambil berkongsi tips tentang tudung, secara tak langsung dapat mempromosikan bisnes kami", katanya. - mD





.

1 Penyokong CHELSEA:

Che Akak on February 11, 2014 at 9:51 PM said...

Psstt..Lulu...ni akak ni...:)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!