Wednesday, March 5, 2014

Apa yang terjadi pada ratusan Al-Quran di Masjid Kampung Limbongan, Jerteh?


Apa yang terjadi pada ratusan Al-Quran di Masjid Kampung Limbongan, Jerteh? | “Saya tergamam sebaik tiba di masjid untuk solat Subuh pagi tadi (semalam) apabila melihat ada anggota polis dan menyangka ada sesuatu yang buruk berlaku,” kata Imam Masjid Kampung Limbongan Deraman Che Mat, 60. Bagaimanapun, katanya selepas masuk ke dalam masjid dia tersentak melihat ratusan al-Quran bertaburan di lantai, tangga dan paling menyedihkan ada yang dibuang dalam mangkuk tandas. Menurutnya, beliau yang tiba di masjid itu kira-kira jam 5.30 pagi, tidak menyangka ada manusia sanggup melakukan perbuatan terkutuk melemparkan al-Quran di merata tempat termasuk dalam tandas.

“Selain al-Quran bertaburan, dua kipas dan cermin pintu masuk ruang solat utama juga pecah. Paling menakutkan terdapat kesan tompokan darah di hamparan,” katanya ketika ditemui di Masjid Kampung Limbongan, dekat sini, semalam.Dalam perkembangan berkaitan, beliau meminta orang ramai tidak percaya dengan penyebaran gambar kononnya suspek kes berkenaan yang parah dibelasah selepas ditangkap dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu di laman sosial kerana masjid berkenaan tiada mempunyai CCTV. -HM




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!