Saturday, March 1, 2014

Boleh buat laporan kepada pihak polis melalui e-mel


Boleh buat laporan kepada pihak polis melalui e-mel | Orang ramai tidak lama lagi boleh membuat laporan kepada pihak polis melalui e-mel yang bakal diperkenalkan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya sedang melakukan persiapan rapi serta langkah sistematik sebelum orang ramai boleh memanfaatkan kemudahan itu. "Ini merupakan sebahagian dari proses permodenan siasatan, namun sekarang i kita masih mengalami sedikit masalah teknikal dan sedang berusaha untuk menyelesaikannya. "Sebaik kesemuanya selesai, kita akan gerakkan sistem ini dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas menutup kursus penataran jurulatih program Belia Remaja Berwawasan.

Beliau berkata, melalui sistem laporan menerusi e-mel, kerja siasatan kes akan segera dilakukan sejurus laporan diterima. "Orang ramai boleh membuat laporan di balai polis atau di mana sahaja mereka berada. Pegawai serta anggota yang bertugas tidak boleh menafikan laporan yang dibuat orang awam menerusi sistem ini, baik laporan dibuat di Sabah, Sarawak mahupun Perlis. "Jika dikesan mereka melakukan demikian (mengabaikan laporan), tindakan tatatertib akan dikenakan kepada mereka," kata Mohamad Fuzi. -MD




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!