Monday, March 3, 2014

Filem paling buruk bagi tahun 2013



Filem paling buruk bagi tahun 2013 | Filem bajet besar yang gagal mendapat sambutan After Earth dan filem komedi Movie 43 mengungguli Anugerah Razzie atau sebuah anugerah bagi filem terburuk di Hollywood sepanjang tahun lalu. After Earth yang dibintangi Will Smith dan anaknya Jaden mendapat tiga Anugerah Razzie bagi kategori pelakon terburuk (Jaden); pelakon pembantu terburuk (Smith) dan gabungan lakonan paling buruk bagi filem yang menampilkan dua beranak itu. Skrip Filem yang menelan belanja sebanyak AS$130 juta (RM 426 juta) itu dan diarahkan oleh M. Night Shyamalan merupakan filem paling hambar terbitan Columbia Pictures dengan hanya mendapat kutipan tiket sebanyak AS$60 juta (RM 196 juta) bagi tayangan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.


Dalam pada itu, Movie 43, yang menampilkan 16 filem pendek dan dibintangi beberapa pelakon terkemuka termasuk Halle Berry, Kate Winslet dan Hugh Jackman memenangi anugerah bagi kategori gambar paling buruk, skrin layar paling buruk, daripada 19 penulis skrip lakon layar dan pengarah paling buruk daripada 13 pembuat filem. Bagaimanapun, Adam Sandler, pelakon yang disebut-sebut untuk memenangi banyak anugerah selepas mendapat tujuh pencalonan pulang dengan tangan kosong. Sementara itu, kategori aktres terburuk bagi Anugerah Razzie pada tahun ini dimenangi pelakon yang biasa menerima anugerah itu, Tyler Perry. -AP




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!