Friday, March 14, 2014

[GAMBAR] Jerebu di Pelabuhan Klang, Banting kini dalam bahaya



[GAMBAR] Jerebu di Pelabuhan Klang, Banting kini dalam bahaya | Pelabuhan Klang dan Banting mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berbahaya setakat jam 8 pagi ini dengan masing-masing mencecah 358 dan 311. Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Pelabuhan Kelang meningkat dari bacaan 233 (sangat tidak sihat) pada jam 6 petang semalam kepada paras berbahaya pagi ini manakala Banting dari bacaan 189 kepada 311. 13 kawasan mencatat IPU tidak sihat ialah Petaling Jaya dengan bacaan 185, Putrajaya (175), Batu Muda (176), Shah Alam (164), Cheras (147), Kuala Selangor (149), Nilai (168), Port Dickson (169), Seremban (154), Bukit Rambai (135), Bandaraya Melaka (118), Muar (107) dan Tanjung Malim (105).

Sementara 18 kawasan lain mencatat IPU sederhana dan 18 lagi mencatat bacaan IPU baik. Semalam Jabatan Pelajaran Selangor mengarahkan semua 131 sekolah di daerah Klang ditutup serta-merta hari ini berikutan bacaan IPU di kawasan itu mencecah bacaan sangat tidak sihat, sejak petang semalam. Bacaan IPU yang baik berada antara 0-50, sederhana pada 51-100, tidak sihat (100-200), sangat tidak sihat (200-300) dan berbahaya (lebih 300). Orang ramai boleh menyemak status IPU di kawasan masing-masing dengan melayari portal http://apims.doe.gov.my. -HM





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!