Sunday, March 2, 2014

Hikmah daripada letupan gunung berapi di Indonesia


Hikmah daripada letupan gunung berapi di Indonesia | Selama ini orang ramai berpendapat abu yang terbentuk daripada letupan gunung berapi menganggu kesihatan manusia dan tidak mempunyai nilai komersial, namun seorang lelaki mengubah persepsi itu, apabila dia berjaya menghasilkan batu-bata yang diperbuat daripada abu gunung berapi. Ismail Hermana berkata, dia mendapat ilham untuk membuat batu-bata daripada abu gunung berapi pada 2010 selepas Gunung Merapi meletus ketika itu. "Saya dan seorang rakan menjalankan penelitian selama setahun untuk mencari apa yang boleh kami cipta melalui abu gunung berapi. Kami berjaya menemui formula penghasilan batu-bata yang ringan tetapi kuat, diperbuat daripada abu gunung berapi pada 2012.


"Baru kini kami berkesempatan untuk membina perniagaan melalui penemuan tersebut," jelas Ismail kepada Kompas.com. Tambahnya, antara bahan lain yang diperlukan untuk membina batu-bata tersebut adalah pasir, simen, air dan cecair pengembang. "Setiap hari, kami berjaya menghasilkan antara empat hingga lima kubik batu-bata dengan setiap satunya dijual pada harga 700,000 rupiah (RM196.88)," ujarnya lagi. Setakat ini, batu yang diberi nama Merapicon itu sudah dijual di Jawa Tengah dan Bogor yang mana permintaan pelanggan begitu menggalakkan.-AP




.

1 Penyokong CHELSEA:

maszull on March 3, 2014 at 11:04 AM said...

assalamualaikum lulu...yer la ada hikmahnya..;)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!