Tuesday, March 25, 2014

Inilah animasi adiwira Islam yang diharamkan oleh Arab Saudi


Inilah animasi adiwira Islam yang diharamkan oleh Arab Saudi | Jawatankuasa Fatwa Arab Saudi semalam mengharamkan siri animasi adiwira, ‘The 99’. Siri animasi itu dibuat berdasarkan budaya dan kehidupan masyarakat Islam dan ia yang pertama seumpamanya di dunia. Ahli jawatankuasa itu berkata, siri animasi hasil karya warga Kuwait, Nayef Al Mutawa yang disiarkan di stesen televisyen Saudi itu tidak boleh diterima dan mesti diharamkan. ‘The 99’ mencetuskan kontroversi di Kuwait dan Arab Saudi dengan beberapa pihak menyuarakan bantahan dan mendesak pengharamannya kerana bertentangan dengan Islam apabila ia melambangkan 99 nama Allah, lapor agensi berita Arab Saudi semalam.Di Kuwait, seorang peguam tempatan memfailkan saman ke atas penerbit animasi itu yang dikhaskan untuk kanak-kanak kerana mendakwa plot cerita itu menggambarkan sifat Allah secara jelas.

“ Siri animasi ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Saya mendesak penahanan semua yang terbabit dalam penghasilan dan penyiarannya. Saya juga mendesak pengharaman penyiaran semua episod siri ini,” kata peguam berkenaan, Dwaim Al Muwaizri Di Arab Saudi, Sa’ad Hassan Al Shammari mendesak Jawatankuasa Tetap Kajian Saintifik dan Ifta negara itu mengharamkan siri berkenaan. “The 99 memaparkan sifat Allah dalam setiap karakter animasi itu. Siri itu juga memberi mesej penyatuan semua 99 karakter yang kononnya mempunyai hati yang suci dan kuasa luar biasa akan membebaskan dunia dari ancaman. Saya berharap siri ini diharamkan,” katanya. - Agensi





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!