Saturday, March 29, 2014

Kenapa penganjuran F1 kali ini lebih mencabar menurut SIC



Kenapa penganjuran F1 kali ini lebih mencabar menurut SIC | Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali menyifatkan penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia Petronas 2014 menghadapi cabaran hebat dalam menarik kehadiran peminat tempatan. Tragedi penerbangan MH370 membayangi perlumbaan dan dijangka mempengaruhi kehadiran penonton tempatan pada Ahad ini. "Memang kita sedang bersedih dengan (tragedi) MH370, tetapi kita perlu teruskan hidup dan saya harap rakyat Malaysia datang dan sokong acara ini serta buktikan kepada media luar bahawa peminat masih menyokong acara ini walaupun dalam keadaan berkabung," katanya dalam sidang media.

Sambil menafikan perlumbaan itu untuk mengalih perhatian masyarakat daripada tragedi tersebut, Razlan berkata: "kadangkala kita perlukan sesuatu untuk menenangkan fikiran daripada masalah dan kerisauan." Malah, katanya, semua pasukan yang menyertai perlumbaan akan berkongsi kesedihan mereka dengan peminat sebelum perlumbaan berlangsung.

"Semua pasukan yang menyertai Formula 1 kali ini akan bertafakur selama seminit sebelum memulakan perlumbaan serta mereka juga ada menampalkan pelekat seperti #prayforMH370 dan #rememberingMH370 pada topi keledar masing-masing. Ini menunjukkan seluruh dunia turut merasai kesedihan yang dialami oleh rakyat Malaysia," katanya. Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan peraturan baharu yang menetapkan penggunaan deruman enjin perlahan turut menyumbang kepada penurunan jumlah penonton kali ini. - Bernama





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!