Kisah kanak-kanak berusia 12 tahun yang telah menjadi pembunuh upahan | Kenyataan yang sangat mengejutkan oleh pihak polis Peru, yang dikhabarkan telah menangkap seorang pembunuh upahan yang baru berusia 12 tahun. Polis mengatakan, Nabil Blanco Cerda adalah pembunuh upahan termuda yang pernah ditangkap di negera itu. Nabil, ditangkap bersama rakannya yang juga masih remaja di Chinca, wilayah Ica. Nabil, disyaki menjadi anggota geng yang menembak sebuah kafe dan membunuh seorang anggota geng seteru dan mencederakan dua orang lainnya. Dia juga membunuh seorang polis, ketika lari dari lokasi berlakunya kejadian tembakan.
Bahagian siasatan jenayah Peru, akhirnya berjaya menangkap geng itu. Polis berkata, Nabil dan rakannya yang berusia 16 tahun beserta beberapa remaja lainnya direkrut oleh Edwin Lopez Gabriel, seorang pemimpin geng yang dikenali dengan panggilan "Loco Peluza". Polis menerangkan, Gabriel membentuk sebuah syarikat kerja sebagai menyelindungi kegiatan jenayahnya. Dia kemudian menggunakan "syarikat pekerja" itu untuk menakutkan para pengusaha agar membayar wang perlindungan dan menyingkirkan pesaing.
Beroperasi di bawah syarikat pekerja bangunan, kelompok ini berkeliaran di jalanan kota Chinca, menjual dadah, dan melakukan pemerasan dalam sebuah jaringan yang dikhabarkan ada kaitan dengan empat pembunuhan dan 30 kes serangan. Namun, yang membuatkan polis terkejut adalah pasukan pembunuh geng itu dipimpin seorang kanak-kanak berusia 12 tahun. Kanak-kanak ini juga, bertindak sebagai tukang tagih ketika geng jenayah ini memungut wang pajakan dari para pengusaha. -AP
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment