Kisah kanak-kanak lapan tahun yang mempunyai minat pelik | Kebiasaannya kanak-kanak mempunyai hobi seperti mengumpul setem, bermain bola, membaca buku dan melayari Internet. Namun, lain pula kisahnya di Britain tentang seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang mempunyai minat pelik, iaitu suka mengumpul benda berkaitan dengan sampah. DailyMail Online melaporkan, William Bateman memiliki koleksi tong sampah kitar semula, lori sampah mainan, dan gemar melihat pengangkut atau lori sampah yang lalu di depan rumahnya di Great Paxton, Cambridgeshire. Malah, menurut ibunya, Fleur, ketika Bateman berusia lima tahun, dia pernah memenangi bidaan sebuah lori sampah berharga 3,500 pound (RM19,109) melalui laman web jualan lelong, e-Bay.
Wanita berusia 45 tahun itu berkata, dia terlupa untuk menutup akaun e-Bay dan anaknya telah membida lori berkenaan menggunakan kad kredit miliknya. Apabila saya mengetahui Bateman memenangi bidaan itu, saya terus menelefon e-Bay untuk membatalkan pembelian lori sampah berkenaan. Bateman begitu obses dengan sampah dan lori sampah. Malah, saya tidak sangka dia boleh membida lori sampah yang sebenar," katanya. Meskipun hasrat Bateman untuk memiliki sebuah lori sampah tidak kesampaian, ibunya tetap menyokong minatnya itu dengan membelikannya buku yang mengisahkan tentang kehidupan pengangkut sampah, selain barangan mainan dan tong sampah kitar semula untuk anaknya. Malah, kanak-kanak itu menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang pengurus kilang kitar semula dan sering mendidik kawan-kawan ibu bapanya tentang kepentingan kitar semula. -AP
.
2 Penyokong CHELSEA:
memang pelik kan
Haha macam2
Post a Comment