Friday, March 7, 2014

Kisah sedih wanita berusia 46 tahun yang dibuang keluarga kerana penyakit aneh


Kisah sedih wanita berusia 46 tahun yang dibuang keluarga kerana penyakit aneh | Seorang wanita Indonesia berusia 46 tahun di sini menderita selepas hampir keseluruhan tubuh badan termasuk mukanya dipenuhi ketumbuhan seperti bintil. Lebih memilukan, wanita yang dikenali sebagai Sarotin itu telah dibuang oleh ahli keluarganya sendiri yang malu dengan keadaan anak mereka. Sarotin mula menghidap penyakit kulit itu sejak tiga tahun lalu dan terpaksa meminta sedekah untuk menyara hidupnya.

Wanita itu pernah menjalani pembedahan yang dibiayai oleh kerajaan tempatan bagi membuang ketumbuhan seberat 70.5 kilogram itu, tetapi tumor tersebut tumbuh semula. Separuh dari mukanya turut terjejas apabila terdapat satu ketumbuhan besar yang tumbuh sehingga menutup sebahagian penglihatannya. Wanita malang itu mendakwa, dia tidak mampu untuk menanggung kos rawatan perubatannya dan sangat berharap untuk sembuh serta menjadi seperti wanita-wanita cantik yang lain. -Agensi




.

3 Penyokong CHELSEA:

Akmall Razlan on March 7, 2014 at 10:42 AM said...

Allah... kesiannya, iya la nak buat camne kan... ayat last tu, aduh..janganlah jadi cantik..jadi normal sudah lah... huhu..

Akmall Razlan on March 7, 2014 at 10:42 AM said...

Allah... kesiannya, iya la nak buat camne kan... ayat last tu, aduh..janganlah jadi cantik..jadi normal sudah lah... huhu..

Solehah Shamsuddin on March 7, 2014 at 1:03 PM said...

Kesiannya dia. Doktor tak dapat kenalpasti ke punca penyakit ni. Kesian dia ni.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!