Sunday, March 9, 2014

MAS Atur Perjalanan Waris Penumpang MH370



MAS Atur Perjalanan Waris Penumpang MH370  | Malaysia Airlines (MAS) sedang mengatur perjalanan para waris penumpang pesawat MH370 yang melibatkan pelbagai warganegara yang ingin ke Beijing atau Kuala Lumpur. Ketua pegawai eksekutif kumpulannya, Ahmad Jauhari Yahya berkata, para waris penumpang terbabit yang ingin berbuat demikian boleh menghubungi mana-mana pejabat MAS yang terdapat di seluruh dunia. Pesawat berkenaan, yang membawa 239 penumpang, termasuk 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 pagi Sabtu sebelum hilang kira-kira dua jam kemudian ketika dalam penerbangan di ruang udara antara Malaysia dan Vietnam. Pesawat ini dijadualkan mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi Sabtu (waktu Beijing). Penumpangnya terdiri daripada rakyat 14 negara, termasuk Malaysia, manakala kesemua anak kapal adalah rakyat Malaysia. - Bernama




.

1 Penyokong CHELSEA:

Nour Adieb on March 9, 2014 at 10:27 AM said...

semoga dipermudahkan segala urusan

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!