Friday, March 28, 2014

MH370 : Keluhan hati abang seorang penumpang pesawat yang hilang


MH370 : Keluhan hati abang seorang penumpang pesawat yang hilang | Abang kepada seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 enggan pulang ke kampung selagi tidak mendapat bukti mengenai kehilangan pesawat itu. Chng Khai Ling, 37 berkata bukan mudah untuk meyakinkan ibu bapanya walaupun maklumat terkini mengatakan penerbangan pesawat berkenaan telah berakhir di Lautan Hindi. "Apalah yang boleh dikatakan kepada ibu bapa di kampung selagi tiada bukti, takkan saya mahu pulang dengan tangan kosong", kata Khai Ling ketika ditemui pemberita di sini hari ini. Adiknya, Mei Ling seorang jurutera adalah antara 227 penumpang termasuk 12 krew yang menaiki pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, China yang hilang sejak 8 Mac lepas.

"Sejurus pengumuman, ibu menangis, ia buat kami sekeluarga sedih, sehingga kini kami masih tidak percaya. Namun kalau jumpa bukti, kami boleh menerimanya dan buat masa ini kami masih menaruh harapan," katanya. Penerbangan MH370 hilang daripada skrin radar kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 tengah malam 8 Mac lepas dan sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama. Beliau berkata pada kebiasaannya adiknya yang merupakan anak ketiga itu akan pulang ke rumah keluarga mereka di Sungai Petani, Kedah tetapi kali ini tidak sempat untuk berbuat demikian. "Kami adik beradik sangat rapat dan berharap bukti dapat ditemui segera dan bersedia untuk ke Australia jika bukti telah ditemui," kata abang sulung kepada lima beradik itu. - Bernama




.

3 Penyokong CHELSEA:

Rizziela on March 28, 2014 at 10:36 AM said...

yuerlah..mcm mana nak jawap dengan mak ayah yg adik hilang tanpa jejak kan :(

✿INA AINAA✿ on March 28, 2014 at 2:25 PM said...

Kesian kat keluarga mereka. Namun apakan daya, semua ketentuan Tuhan. Berdoa supaya ada terjadinya miracles. Semua kuasa Tuhan, kita tak tahu kan.

Blog Santai on March 28, 2014 at 4:52 PM said...

Pity them..susahkan bila jadi macam ni..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!