Saturday, March 15, 2014

MH370 : Kenyataan lengkap oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam sidang akhbar hari ke 8 -12/03/2014


MH370 : Kenyataan lengkap oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam sidang akhbar hari ke 8 -12/03/2014 | Berdasarkan data satelit baru, lokasi komunikasi terakhir mungkin di sempadan Kazakhstan, Turkmenistan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Naib Tun Razak sebentar tadi dalam sidang akhbar di Hotel Sama-Sama. Beliau yang mengendalikan sidang media untuk kali kedua sepanjang kehilangan Mh370 juga menyatakan bahawa ,laporan media berkaitan dengan rampasan pesawat masih lagi dalam siasatan untuk menjelaskan kesahihannya. “Sistem hubungan dan transponder pesawat MH370 telah dimatikan dengan sengaja. Siasatan kini tertumpu kepada latarbelakang penumpang dan kru tetapi belum ada pengesahan pesawat dirampas,” kata Najib kepada pemberita sebentar tadi. Terdahulu, misi mencari yang menyelamat pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 dengan kod MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang pada awal 8 Mac.

Berikut beberapa kenyataan yang telah dinyatakan oleh beliau kepada pihak pemberita. 

 2.19pm Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa MH370 telah hilang seminggu yang lepas. Najib mengucapkan ribuan terima kasih kepada negara yang terlibat dalam membantu negara mencari MH370. Kami telah bekerja tanpa henti dalam proses mencari dan menyelamat. Najib juga berkata, proses mencari dan menyelamat telah diperluaskan dari hari ke hari meliputi Selat Melaka, Laut China Selatan, Lautan Andaman dan juga Lautan Hindi.

2.22pm Sehingga hari ini 14 negara sertai Malaysia misi cari pesawat MH370 dengan 43 kapal dan 48 pesawat, kata Najib. Menurutnya juga, prosiding radar utama tentera mendapati MH370 di Selat Melaka.

2.25pm Sistem hubungan dan transponder pesawat MH370 telah dimatikan dengan sengaja, kata Perdana Menteri. Siasatan kini tertumpu kepada latarbelakang penumpang dan kru tetapi belum ada pengesahan pesawat dirampas.

2.29pm Najib juga berkata,laporan media berkaitan dengan rampasan pesawat masih lagi dalam siasatan untuk menjelaskan kesahihannya. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Laut China Selatan diberhentikan.  - mD





.

1 Penyokong CHELSEA:

Che Akak on March 15, 2014 at 3:08 PM said...

rasa takut pulak bila memikirkan semua yang berada dalam pesawat

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!