MH370 : Susulan dakwaan wanita Australina mengenai salah laku pembantu juruterbang | Malaysia Airlines (MAS) terkejut dengan dakwaan terhadap pembantu juruterbang Fariq Ab Hamid yang dikatakan membenarkan penumpang melawat kokpit semasa penerbangan dua tahun lalu. MAS sedar akan dakwaan tersebut tetapi tidak dapat mengesahkan ketulenan gambar dan video yang dipaparkan dalam rancangan "A Current Affair" siaran sebuah stesen televisyen Australia, katanya dalam satu kenyataan media.
Menurut laporan AP, seorang wanita bernama Jonti Roos mendakwa dibenarkan melawat kokpit bersama rakannya semasa penerbangan dari Phuket ke Kuala Lumpur pada Disember 2011. Roos menceritakan pengalamannya semasa rancangan televisyen tersebut. Fariq merupakan salah seorang daripada juruterbang penerbangan itu. -HM
.
3 Penyokong CHELSEA:
Kena siasat bebetul kesahihan cerita ini.
mcm2 kan..betul ker
assalamualaikum lulu...betul ke ni kena siasat betul2 tentang perkara ni...:)
Post a Comment