Thursday, March 20, 2014

MH370: Terkini! 2 objek dikesan satelit di Lautan Hindi lebih 24 meter oleh Australia - BBC


MH370: Terkini! 2 objek dikesan satelit di Lautan Hindi lebih 24 meter oleh Australia - BBC | Saluran televisyen, BBC melaporkan, satu daripada dua objek yang dikesan terapung oleh imej satelit itu dipercayai lebih besar daripada 24 meter. BBC dalam akaun Twitternya melaporkan, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) menyatakan cuaca mendung dan jarak penglihatan terhad mungkin mengganggu operasi mencari objek tersebut.

Penemuan dua objek di Lautan Hindi yang dikesan oleh satelit Australia merupakan satu petunjuk baharu dalam usaha mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Sementara itu, beliau yang juga Menteri Pertahanan dalam satu kenyataan di sini hari ini juga mengesahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menerima panggilan dari Perdana Menteri Australia, Tony Abbot pukul 10 pagi ini mengenai penemuan itu. Beliau berkata, pihak kedutaan Australia di Malaysia juga telah memaklumkan perkara yang sama kepadanya hari ini. Bagaimanapun, beliau berkata, sehingga kini pihak berkuasa Australia masih belum memberi pengesahan rasmi sama ada objek itu milik pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. - Utusan




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!