Tuesday, March 11, 2014

Skandal terbaru melibatkan Putera di Istana Buckingham


Skandal terbaru melibatkan Putera di Istana Buckingham | Adik Putera Charles, Duke of York, Putera Andrew, semalam dilaporkan terpaksa membuat penafian beliau telah mengikat tali pertunangan dengan seorang model pakaian renang dari Croatia yang 20 tahun lebih muda darinya. Andrew membuat penafian itu selepas Monika Jakisic, 34, bertindak memuat naik gambar sebentuk cincin berlian didakwa cincin pertunangan mereka di atas bil restoran bernilai 600 pound (RM 3,267) pada laman Twitter wanita tersebut, kelmarin. Foto kedua-dua pasangan itu yang sedang hangat berkucupan di sebuah kelab eksklusif di sini berjaya dirakam selepas mereka menikmati makan malam dalam janji temu ketiga dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini. Gambar itu membuatkan pihak Istana Buckingham mahukan penjelasan segera sehingga memaksa wakil Andrew mengeluarkan kenyataan yang disifatkan memalukan dan tidak pernah berlaku itu, lapor Daily Mail.

Jurucakap putera berusia 54 tahun itu, bagaimanapun menolak untuk mengulas spekulasi tentang tahap hubungan Andrew dan Jakisic, sambil berkata: "Saya boleh mengesahkan Duke of York tidak bertunang dengan Monika Jakisic’’. Khabar angin tentang hubungan mesra antara model dan keluarga diraja Britain itu muncul selepas kedua-duanya dilihat meraikan sambutan ulang tahun putera itu pada bulan lalu di restoran Cecconi di Mayfair, lokasi yang dilaporkan insiden bericum itu berlaku. Jakisic seorang model yang sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan pelakon George Clooney kini menetap di sebuah rumah di utara London bernilai 1.2 juta pound (RM6.5 juta). -AP




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!