Thursday, April 24, 2014

Ayunya penyanyi Juliza Adzlizan yang tampil sopan dengan imej bertudung


Ayunya penyanyi Juliza Adzlizan yang tampil sopan dengan imej bertudung | Penyanyi Juliza Adzlizan memberitahu keputusannya untuk tampil sopan dengan imej bertudung bukan kerana melalui kejadian-kejadian aneh seperti segelintir individu atau sengaja mahu mengikut trend terkini. Sebaliknya, Juliza, 47, berkata, penghijraan tersebut dilakukan selepas dia merasakan sudah bersedia menjadi seorang muslimah yang mengamalkan tanggung jawab dengan sempurna. "Saya sudah lama berniat untuk bertudung tetapi banyak sahaja kekangan terutamanya daripada segi pemakaian. Banyak koleksi pakaian saya yang kurang sesuai untuk dipakai dengan tudung. "Jadi saya terpaksa ambil masa beli pakaian yang sesuai sikit-sikit dan tudung, lagipun saya jarang keluar rumah, sepanjang masa saya duduk rumah sahaja buat kek," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu. Tambah Juliza, dia mula merancang untuk bertudung sejak beberapa bulan lalu, terutama sekali ketika menghadiri majlis-majlis keagamaan.

Bagaimanapun, baharu semalam (Selasa) dia mengakui benar-benar yakin untuk muncul dengan imej tersebut. "Beberapa bulan lalu saya dah pakai tetapi untuk ke majlis-majlis tertentu sahaja, bila saya pakai saya rasa diri saya sempurna dan lengkap. "Semalam baru saya pakai betul-betul dan yakin dengan keputusan saya ini, bukan apa, saya tidak mahu hanya pakai tudung tetapi amalan agama yang wajib masih lagi tidak bersedia. "Saya mahu bila saya berubah dalam keadaan yang saya sendiri sudah kuat keyakinan dan bersedia untuk mengamalkan ajaran Islam dengan baik," katanya yang mengakui tidak pernah memikirkan trend tudung yang ingin digayakan. Tambahnya, keputusan itu turut mendapat sokongan dan reaksi positif daripada suami dan anak-anaknya.

Dalam pada itu, tambah Juliza, sejak tidak aktif dalam industri hiburan, banyak baju-baju seksi yang pernah dipakainya diberikan kepada orang. Katanya, dia kini banyak membeli baju yang besar seperti baju kurung dan jubah yang senang untuk dipakai. "Baju-baju lama saya semua sudah saya beri pada orang. Lagi pula saiz baju sekarang sudah tidak muat lagi untuk saya pakai. "Sejak duduk di rumah badan saya semakin membesar, jadi saya lebih selesa sarung baju yang senang dipakai seperti baju T, baju kurung dan jubah untuk kemana-mana," katanya. Sementara itu, Juliza berkata dia kini sibuk dengan perniagaan kek secara dalam talian. Pada mulanya, dia mengambil tempahan secara 'suka-suka', bagaimanapun ia menjadi perniagaan serius apabila kek tersebut mendapat permintaan ramai.

"Saya buat untuk anak-anak sahaja dan bila ada kawan yang ingin tempah saya buat juga. Namun apabila orang bercakap daripada mulut ke mulut kata kek saya sedap, ramai pula yang ingin buat tempahan. "Tiga bulan pertama sejak Oktober tahun lalu saya sudah buat lebih 100 biji kek dan saya sangat tidak sangka ia menjadi semakin serius ketika ini," katanya yang terpaksa mengambil kelas seni dekorasi kek. Juliza berkata, dia kini sedang mencari pembantu bagi membuat persiapan untuk tempahan kek pada bulan Ramadan dan Aidilfitri nanti. Dia mengakui bersyukur kerana minat tersebut mendapat sokongan suami yang banyak membatu melakukan kerja-kerja rumah apabila dia sibuk di dapur. "Pada awalnya memang suami saya tidak faham dan rimas melihat rumah bersepah bila saya sibuk membuat kek, namun lama kelamaan dia pula yang bantu saya. "Dia tahu saya hanya sibuk pada akhir minggu sahaja, jadi dia akan balik awal dan banyak tolong buat kerja-kerja rumah," katanya. -Mstar




.

3 Penyokong CHELSEA:

Rizziela on April 24, 2014 at 10:17 AM said...

Alhamdullilah..ramai artis dah berubah ke arah yg lebih baik

Hanis Azla on April 24, 2014 at 12:40 PM said...

As-salam lulu..

mmg nampak sangat ayu dan awet muda kan.. suka tgk..

Blog Santai on April 24, 2014 at 1:36 PM said...

Kan cantik..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!