Tuesday, April 1, 2014

Benarkah ada lagu popular menyindir pelakon kontroversi, Hanez Suraya?


Benarkah ada lagu popular menyindir pelakon kontroversi, Hanez Suraya? | Penyanyi Awi Rafael spontan tertawa saat diminta mengulas mengenai dakwaan lagu hits nyanyiannya bersama Altimet, 'Kalau Aku Kaya 'ditujukan khas' buat bekas kekasihnya Hanez Suraya sekaligus sebagai satu sindiran kepada wanita yang pernah bertakhta di hatinya itu sikit masa dahulu. "(gelak), Itu kelakar. Saya seorang penulis dan mungkin itu yang membuatkan orang selalu salah anggap. Lagu itu sebenarnya ditulis oleh Altimet dan lagunya oleh Omar K dan Audi Mok. Saya hanya menyanyikan saja bersama Altimet. Jadi jawapan saya (adakah lagu itu sindi Hanez Suraya), tidak.", kata Awi Rafael tatkala diminta mengulas mengenai dakwaan tersebut ketika ditemui pada sidang media Minggu Setiausaha 'Secretaries Week @ PICC 2014', bertempat di Pusat konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), petang semalam.

Tambah penyanyi kelahiran Singapura ini lagi, lagu itu tidak merujuk pada diri Hanez sebaliknya ianya mengenai ragam masyarakat. Selain kata Awi, sejak berpisah dengan pelakon 'Mr. Arrogant' itu pada pertengahan tahun lalu, mereka tidak lagi berhubung malahan Awi juga tidak mengambil tahu mengenai perkembangan Hanez baik mengenai karier mahupun kontroversi yang melanda diri wanita itu. Pada masa sama, Awi meluahkan rasa syukur kerana meskipun cintanya dengan Hanez tidak berpanjangan namun pengalaman putus cinta itu banyak memberi pengajaran kepadanya. Malah dia merasakan keputusan untuknya berpisah dengan pelakon itu satu keputusan yang tepat. "Saya banyak belajar dari pengalaman lalu. Saya tidak menyesal mengikut kata hati saya. Bila saya rasa tak boleh teruskan hubungan itu, saya beritahu dia dan ikut kata hati saya. Alhamdulillah", katanya yang mengesahkan sehingga kini belum lagi bertemu pengganti.

Sementara itu mengenai perkembangan karier, Awi diundang menjayakan persembahan diva Pop Indonesia, Krisdayanti pada 17 April ini bertempat di PICC, jam 8.30 malam. "Saya rasa bertuah dan teruja dipilih menjayakan acara persembahan seorang diva terkenal. Saya akan menyanyikan lebih kurang lima lagu pada malam itu", katanya. Perkembangan lain, Awi juga sedang menciptakan lagu untuk artis seperti Dato' Siti Nurhaliza, Alif Aziz dan adiknya Aisyah Aziz dan Syura. Selain Awi kini sibuk menguruskan menerbitkan lagu tema untuk beberapa drama menerusi syarikatnya Runaway Productions yang baru ditubuhkan sejak setahun lalu. - mD




.

1 Penyokong CHELSEA:

Liyliz on April 2, 2014 at 1:08 PM said...

ms mula2 dgr dlu, mg fkr mcm tu jugak

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!