Monday, April 14, 2014

[Gambar] Padah pecah masuk rumah dan cabul penghuni yang sedang tidur



Padah pecah masuk rumah dan cabul penghuni yang sedang tidur  | Seorang lelaki cedera di muka kerana terjatuh dari tingkat tiga ketika dia melarikan diri selepas perbuatannya memecah masuk sebuah rumah flet dan mencabul seorang penghuni yang ketika itu sedang tidur disedari dalam satu kejadian di Jalan Mayang Pasir, Bandar Bayan Baru, di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, suspek yang berusia 28 tahun dikatakan masuk ke rumah terbabit sebelum dia cuba mencabul mangsa yang ketika itu sedang tidur di ruang tamu. Menurut sumber, mangsa yang berusia lingkungan 20-an hanya menyedari kejadian itu selepas berasa tubuhnya diraba suspek sebelum dia menjerit.

 "Jeritan mangsa membuatkan suspek terkejut dan dia cuba melarikan diri apabila melihat beberapa penghuni di kawasan itu tiba di rumah berkenaan."Suspek cuba melarikan diri melalui pintu dapur namun dia tidak bernasib baik apabila terjatuh dari tingkat tiga rumah berkenaan menyebabkannya tersembam di simen dan mengalami kecederaan teruk di muka," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan setakat ini suspek sudah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. -HM





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!