Monday, April 28, 2014

[Gambar] Pesawat Ringan Terhempas Di Pengkalan Chepa


[Gambar] Pesawat Ringan Terhempas Di Pengkalan Chepa | Sebuah pesawat ringan jenis Piper Warrior II milik syarikat latihan penerbangan Asia Pasific Flight Training (APFT) terhempas di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa dekat Kota Bharu pada tengah hari Isnin. Seorang juruterbang pelatih yang menerbangkan pesawat itu secara solo bagaimanapun terselamat. Mangsa, Shangkar a/l Muthoo, 20, mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka dan patah kaki kanan. Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu apabila mangsa dipercayai cuba melakukan pendarat cemas berikutan pesawat mengalami masalah mekanikal. Juruterbang tersebut kini mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II. -MStar




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!