Gara-gara rasa cemburu, dia nekad.. | GARA- GARA cemburu, seorang lelaki di London bertindak merempuh restoran makanan Itali selepas mendengar khabar angin bahawa pemiliknya menjalinkan hubungan dengan bekas kekasihnya. Bekas jutawan hartanah, Christopher Brassington, 39, dipercayai merampas kunci Toyota Hilux milik bekas rakan perniagaannya, Nigel Coxan dan meninggalkan pub yang menjadi tempat pertemuan mereka dalam keadaan marah pada Januari tahun lalu. Tindakan melulu Brassington turut menyebabkan restoran Rinaldi kepunyaan Glyn Margrave di Wakefield, West Yorkshire mengalami kerugian lebih 120,000 pound (RM660,000). Memetik laporan DailyMail Brassington mengaku bersalah atas beberapa pertuduhan termasuk memandu secara melulu dan berada di bawah pengaruh alkohol ketika dibicarakan di Mahkamah Leeds Crown.
Bagaimanapun, peguam beliau, Johnny Watson mendakwa, tertuduh bertindak sedemikian bukan kerana cemburu tetapi mungkin akibat masalah mental. Susulan daripada itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan lesen memandunya digantung selama 18 bulan. Difahamkan, Brassington pernah meraih keuntungan jutaan ringgit ketika dia memegang portfolio hartanah pada 1990-an. Namun, perniagaannya jatuh merudum akibat bebanan hutang hingga menyebabkan tertuduh terpaksa menjalani rawatan psikiatri. -AP
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment