Kisah sedih dan ngeri dari penyelam Korea Selatan yang dalam usaha mengesan mangsa kapal Sewol yang tenggelam | Penyelam Korea Selatan meredah gelap dan kedinginan air laut untuk masuk ke kapal Sewol yang tenggelam seminggu lalu dengan terpaksa bergantung kepada tangan masing-masing untuk meraba-raba mengesan ramai lagi mangsa yang belum ditemui. Berbekalkan oksigen dan alat komunikasi, mereka hanya boleh melihat beberapa sentimeter di depan. Kebanyakan mangsa adalah pelajar yang diberitahu supaya jangan berganjak dari kabin masing-masing pada detik awal kemalangan itu. Arahan itu menyebabkan ramai mangsa terperangkap dan terbunuh. Akhbar Donga Ilbo melaporkan, kebanyakan mayat yang ditemui dua hari lalu mengalami patah di bahagian jari, dipercayai kerana cuba memanjat lantai atau bumbung kapal bagi menyelamatkan diri di saat akhir.
Seorang penyelam, Hwang Dae-sik berkata, selama ini mereka dilatih untuk berhadapan situasi berbahaya. “Namun, sukar untuk memberanikan diri untuk berdepan dengan mayat dalam air gelap,” katanya. Kapal Sewol itu tenggelam pada 16 April lalu ketika dalam perjalanan rutin dari Pelabuhan Incheon ke selatan Jeju. Daripada 476 penumpang dan anak kapal yang ada, hanya 174 dapat diselamatkan. Jumlah kematian rasmi setakat ini ialah 150 orang. Hwang berkata, kumpulannya menjumpai 14 mayat. “Kami terpaksa menyentuh semuanya dengan tangan. “Ia menggerunkan dan menjadi pengalaman paling menyedihkan sepanjang tempoh saya berkhidmat,” katanya.- Reuters
.
3 Penyokong CHELSEA:
sedih nye..
so sad. hopefully negara kita x de tragedi cam ni .
Ya Allah..sedihnya..
Post a Comment