Tuesday, April 1, 2014

Lelaki tunjuk sikap yang sangat aneh didalam sebuah zoo


Lelaki tunjuk sikap yang sangat aneh didalam sebuah zoo | Seorang pelajar kejuruteraan sebuah kolej di India menggemparkan negeri Madhya Pradesh, selepas dia bertindak melompat ke dalam sebuah kandang harimau di Zoo Gwalior di sini baru-baru ini. Lebih mengejutkan, laman web berita odditycentral.com, melaporkan, Kaushik, 23, turut mencabar harimau tersebut dan cuba mengejar seekor daripada haiwan ganas terbabit di dalam kandang berkenaan. Kejadian yang berlaku pada pukul 5 petang waktu tempatan pada hari Isnin minggu lalu itu, mengejutkan sebahagian pengunjung dan kakitangan zoo tersebut. Menurut laporan itu lagi, pelajar kejuruteraan tersebut tidak menghiraukan jeritan orang ramai yang melarang tindakannya terjun ke dalam kandang harimau berkenaan sebelum membuka baju-T serta mencabar haiwan terbabit.


"Tindakan itu merupakan sesuatu yang saya tidak akan lakukan dalam hidup. Perbuatan lelaki itu kurang siuman kerana melakukan perkara yang sia-sia dengan mencabar harimau untuk bertarung," kata seorang saksi. Menurut pekerja zoo, haiwan liar yang lahir dan dibesarkan dalam kurungan kurang agresif atau menyerang orang. Haiwan itu juga hilang naluri semula jadi untuk menyerang dan pembiakbakaan juga menyebabkan kucing besar tersebut lemah. Kerja-kerja menyelamat mengambil masa selama satu jam. Punca kelewatan itu berlaku masih tidak jelas, namun tindakan tersebut turut mencerminkan sikap acuh tak acuh pekerja di kebanyakan zoo di India. Sebahagian laporan lain menyatakan bahawa Kaushik berkemungkinan telah mabuk atau mempunyai masalah mental. -AP




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!