Friday, April 25, 2014

Menarik.. Makan di restoran sambil ditemani beberapa ekor kucing


Menarik.. Makan di restoran sambil ditemani beberapa ekor kucing | Sebuah kafe menawarkan peluang kepada orang ramai bermain-main dengan beberapa ekor kucing ketika mereka menunggu ketibaan makanan dan minuman di Manhattan di sini. Bagaimanapun, kafe yang pertama kali dibuka di AS itu hanya dibenarkan beroperasi selama empat hari bermula semalam kerana undang-undang di AS melarang haiwan berada di dalam restoran.


Kafe itu mempunyai ruang makan yang bersambung dengan sangkar kucing. Ia mempunyai pintu khas bagi mengelakkan haiwan itu masuk ke dapur kafe. Pelanggan-pelanggan yang datang ke kafe itu boleh menikmati hidangkan yang disajikan sambil bermain dengan 16 ekor kucing di dalam sangkar.


Koordinator Liga Haiwan Pantai Utara, Matthew Carroll berkata, pihaknya menghantar beberapa ekor kucing ke kafe itu. "Sikap dan kesihatan haiwan itu dinilai dengan teliti supaya ia boleh menjadi teman yang sesuai kepada para pelanggan.


 "Semua kucing itu sangat sihat dan kami mahu mempromosikan kepada orang ramai berhubung rupa sebenar seekor kucing yang sihat," katanya. - Agensi




.

1 Penyokong CHELSEA:

Zam on April 25, 2014 at 4:38 PM said...

Mcm restoran kt jepun tu ae.. comel2

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!