Wednesday, April 9, 2014

MH370 : Isyarat dikesan beberapa hari lalu yang dikaitkan dengan kotak hitam pesawat, kini hilang



MH370 : Isyarat dikesan beberapa hari lalu yang dikaitkan dengan kotak hitam pesawat, kini hilang | Berita gembira bagi mengesan kotak hitam atau bangkai MH370, sedikit terjejas semalam selepas pengumuman oleh Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) bahawa isyarat yang dikesan pada Sabtu dan Ahad lalu itu ‘hilang’. Berikutan perkembangan terbaharu itu, pencarian isyarat dijangka mengambil masa beberapa hari lagi sebelum Autonomous Underwater Vehicle (AUV) tanpa pemandu boleh dihantar ke dasar kawasan pencarian di Lautan Hindi itu. Sebelum ini, seluruh dunia sedikit lega apabila apabila isyarat panjang yang dikesan itu konsisten dengan perakam data kotak hitam dan perakam kokpit dalam kotak hitam pesawat.

Ia adalah petunjuk paling kukuh dikesan di kawasan di mana MH370 dilaporkan berakhir, sekali gus diharap dapat menjawab misteri kehilangan pesawat itu sejak 31 hari lalu. JACC yang menyelaras usaha mencari MH370 juga menyifatkan penemuan itu sebagai ‘yang paling kukuh dan terbaik yang kita dapat dalam tempoh 31 hari’ Bagaimanapun, Ketua JACC, Angus Houston dalam sidang media semalam, berkata pihaknya memerlukan ‘hubungan semula’ dengan isyarat itu sebelum AUV Bluefin-2 boleh di hantar ke dasar lautan untuk mengesan ‘ping’ atau denyutan yang dikesan oleh kapal Australia, Ocean Shield sebelum ini.


Perlu isyarat baharu 

“Kita perlu mencari beberapa hari lagi walaupun jangka hayat bateri kotak hitam itu akan berakhir. Sehingga kita dapat mengesan, kita tidak boleh menghantar AUV. Isyarat selanjutnya akan membantu kita untuk mencari kemungkinan kawasan pesawat itu berada. “Kita memerlukan isyarat baharu untuk mengenal pasti lokasi kawasan pencarian yang lebih tepat,” katanya. Kedua-dua isyarat itu dirakam menerusi Towed Pinger Locator (TPL) dalam tempoh kurang 24 jam pada jarak kurang dua kilometer, di lokasi kira-kira 1,650 kilometer ke barat laut Perth.

Isyarat pertama dikesan berlarutan selama dua jam 20 minit sebelum hilang dan diterima semula beberapa jam kemudian apabila Ocean Shield berpatah balik ke kawasan sama. Isyarat kedua dirakam selama 13 minit. Sementara itu, Pasukan Pertahanan Australia menerusi Ocean Shield menghantar penyelam di kawasan pencarian untuk mengesan jika ada sebarang serpihan MH370 di kawasan berkenaan. -AGENSI





.

1 Penyokong CHELSEA:

Unknown on April 9, 2014 at 8:22 AM said...

mungkin ia adalah tin biskut oreo yang hilang...sekejap ada sekejap x da...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!