Thursday, April 10, 2014

Penduduk diarahkan berpindah kerana Taufan Ita kini menghampiri Australia


Penduduk diarahkan berpindah kerana Taufan Ita kini menghampiri Australia | Pelancong dan penduduk di pesisir pantai diarahkan untuk berpindah dari sebahagian Great Barrier Reef pada hari ini selepas taufan yang kuat dikesan di Laut Coral dalam perjalanan menuju ke timur laut Australia. Taufan Ita dijangka tiba di utara bandar Cairns pada Jumaat ini, sekali gus kemungkinan banjir besar dan kerosakan akan berlaku, ujar seorang pegawai kecemasan. Menurut Biro Meteorologi Australia, kelajuan angin taufan tersebut dijangka mencecah 280 kilometer sejam yang membawa kepada hujan lebat.

"Paras air laut dijangka meningkat melebihi paras normal, manakala gelombang ombak besar dan arus kuat turut mengancam penduduk di kawasan rendah," kata biro tersebut. Taufan tersebut masih diklasifikasikan sebagai ribut tropikal ketika melanda Kepulauan Solomon sekali gus menyebabkan 23 orang terbunuh di Honiara, ibu negara kepulauan tersebut, pada minggu lalu. - Reuters




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!