Wednesday, April 9, 2014

Penuntut UiTM Dungun maut, motorsikal rempuh kereta


Penuntut UiTM Dungun maut, motorsikal rempuh kereta | Seorang penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun di sini maut setelah motosikal yang ditunggangnya merempuh pintu sebuah kereta di Kilometer 135 Jalan Kuala Terengganu - Kuantan hari ini. Dalam kejadian pukul 10.30 pagi tadi, pelajar itu, Muhammad Akmal Abdul Rahman, 20, yang menunggang motosikal Yamaha LC135 dari Dungun ke Kuantan telah melanggar pintu hadapan sebelah kiri sebuah Proton Preve yang datang dari arah bertentangan di tengah persimpangan lampu isyarat Bukit Anak Dara.

Mangsa ketika itu sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya di Temerloh, Pahang sempena cuti semester selama dua minggu. Muhammad Akmal maut di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Suprintenden Che Suza Che Hitam ketika dihubungi telah mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - Bernama




.

1 Penyokong CHELSEA:

Unknown on April 10, 2014 at 11:53 AM said...

sedihnya...adik junior tu..wpun tak knal muka tapi uitm dungun dihatiku..moga tenang disana..alfatihah

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!